Quantcast

KOMUNITI

TAL2018: 9 Kad Kuning & 3 Pemain Dibuang Padang Dalam Perlawanan BTK FC-FC Pemanis

Saingan Terengganu Amateur League 2018 (TAL2018) memasuki minggu ke-8 dengan pasukan-pasukan semuanya terus berjuang untuk mendapatkan 3 mata.

Tumpuan terarah kepada aksi Liga Super melibatkan BTK FC dan juga FC Pemanis yang dicemari dengan kontroversi.

Walaupun Ismail Ahmad mencipta hatrik untuk FC Pemanis, namun kejayaan beliau itu dibayangi dengan pesta kad daripada pengadil.

Pengadil perlawanan menghasilkan 9 kad kuning dengan 5 daripadanya adalah untuk pemain BTK FC sementara 4 lagi untuk FC Pemanis.

Pengadil juga melayangkan 3 kad merah kepada 2 pemain BTK FC serta seorang pemain FC Pemanis.

Posted by Terengganu Amateur League on Tuesday, November 20, 2018

Selain daripada hatrik Ismail Ahmad, perlawanan berakhir dengan jaringan 3-1 dengan Khiari Amirul menjaringkan gol tunggal BTK FC.

Sementara itu, MD Besut mencatatkan kemenangan besar apabila menumbangkan Kebilal KKTRWT dengan jaringan 7-2.

Apa yang menarik adalah kesemua 7 gol MD Besut terhasil oleh 6 pemain yang berbeza.

Amerullah Rohizad (2 gol), Syahid Azrai, Shawal Fazir, Shawal Fazir, Syawal Fadzlie dan Syariff Samsudin semuanya menemui sentuhan jaringan dalam perlawanan ini.

Sementara itu gol daripada Saifuldin Sharif dan satu jaringan sendiri memberikan jaringan buat Kebilal KKTRWT.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain bagi aksi Liga Super termasuk dua perlawanan tertangguh:

  • PBSMT Lenjerket 0-0 Island FC
  • Real Chukai 3-0 Gemuda FC (Amirul Hakim 18′, Adib Iqhwan 61′, Badrul Amin 89′)
  • MD Besut 1-0 PBSMT Lenjerket (Syahid Azrai)*
  • CND FC 3-0 Ayahanda FC*

*perlawanan tertangguh

Di Liga Perdana, DSPEX FC memenangi perlawanan penting menentang ATFC Suhada dalam usaha mendekati gelaran juara.

Gol tunggal oleh Izzul Fadhli sudah cukup memberikan 3 mata kepada pasukan DSPEX FC.

Posted by Terengganu Amateur League on Tuesday, November 20, 2018

Malang buat Delima Warriors apabila mereka tewas tipis 1-2 di laman sendiri kepada Markless ST.

Fahmi Numan menjaringkan gol pendahuluan untuk Markless ST sebelum disamakan oleh Hishamudin Ramli pada minit ke-39.

Sharul Nazrin muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-58 untuk Markless ST.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain bagi Liga Perdana:

  • TFFC 1-1 Myxini FC (Zulfadhli Amri 2’/Sharul Makasuf 5′)
  • Sixma FC 2-1 Real Grebar (Khusairi Qarni 20′, 25’/Nik Firdaus 13′)
  • TDTD FC 0-1 Raja Permin (Amiruddin Abu Bakar 12′)

Selepas 8 perlawanan..

MD Besut perlu melakukan kerja keras untuk kali terakhir pada minggu ke-9 jika mahu bergelar juara kerana jarak mereka dengan Real Chukai hanyalah 3 mata sahaja.

Sementara Ayahanda FC telah mengesahkan penyingkiran mereka ke Liga Perdana musim hadapan.

Posted by Terengganu Amateur League on Monday, November 26, 2018

Bagi Liga Perdana, saingan merebut kejuaraan adalah antara DSPEX FC dan juga Markless ST yang dibezakan dengan 3 mata.

Walaupun 2 slot ke Piala TAL dihuni oleh ATFC Suhada dan Myxini FC, tetapi Delima Warriors dan TFFC masih boleh mengetuk pintu di hari terakhir liga.

Posted by Terengganu Amateur League on Monday, November 19, 2018

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!