Manchester City Mudah Tewaskan Huddersfield Untuk Terus Beri Tekanan Kepada Liverpool

Manchester City mudah mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield untuk terus memberikan tekanan kepada Liverpool yang menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan empat mata.

Huddersfield kini tanpa pengurus, selepas David Wagner meletakkan jawatan pada awal minggu lalu, untuk The Terriers kini dibimbing secara sementara oleh Mark Hudson untuk perlawanan ini.

City tidak berada di tahap terbaik

Manchester City telah menjaringkan 19 gol dari tiga perlawanan menuju ke perlawanan ini. Namun demikian skuad kendalian Pep Guardiola ini tidak berada di prestasi terbaik mereka pada babak pertama perlawnan di Stadium John Smith.

Manchester City dinafikan sepakan penalti pada minit ke-13 selepas Rahem Sterling dijatuhkan oleh Terence Kongolo.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu bagaimana pun mendahului pada minit ke-18 selepas percubaan jarak jauh Danilo terkena kepada Christoper Schindler sebelum menerjah masuk ke jaring untuk City mendahului pada babak pertama.

Jaringan oleh Danilo itu adalah jaringan ke-100 Manchester City dalam semua pertandingan pada musim ini, menjadikan mereka pasukan pertama dari lima liga utama di eropah untuk berbuat demikian pada musim ini.

Tidak banyak boleh diceritakan mengenai babak pertama perlawanan selepas itu.

City terus hukum Huddersfield

Manchester City tidak mahu menunggu lama untuk terus menghukum lawan selepas perlawanan babak kedua bersambung, apabila menjaringkan dua gol selang dua minit – di awal babak kedua perlawanan.

Leroy Sane menghasilkan bantuan gol dengan satu hantaran lintang untuk Sterling menanduk masuk gol kedua The Citizen.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Kemudian Sergio Aguero menanduk bola untuk membuka ruang buat Sane untuk melakukan larian sebelum menyempurnakan peluang dengan menolak bola menewaskan Jonas Lossl.

Ianya bukan prestasi kebiasaan oleh anak buah Guardiola di dalam perlawanan ini, namun ia masih cukup untuk mereka mencipta kemenangan mudah, sekaligus memberikan tekanan kepada Liverpool dalam saingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN