Manchester City telah mengambil keputusan untuk memberikan potongan harga kepada sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan khidmat Joe Hart untuk pasukan mereka.
Juara bertahan Premier League itu telah mengambil keputusan untuk meletakkan tanda harga sebanyak £5 juta sahaja untuk bekas penjaga gol England itu.
Menurut laman Mirror, keputusan itu dibuat sebagai salah satu langkah Manchester City untuk membantu karier pemain itu.
Hart sebelum ini adalah mengatakan yang beliau tidak lagi mahu untuk menghabiskan kontrak Manchester City beliau dengan satu lagi perpindahan pinjaman.
Sebaliknya, beliau mahu berpindah secara tetap dari kelab itu.
Hart dikatakan mempunyai beberapa tawaran dari sekitar Eropah dengan kelab Fenerbahce dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau.
Walaupun Manchester City telah memilih untuk menurunkan harga Hart, pemain itu sendiri perlu mengambil inisiatif beliau sendiri untuk menurunkan permintaan gaji beliau.
Hal ini kerana, sebelum ini Hart pernah menarik perhatian Torino untuk mendapatkan beliau sebagai pemain tetap selepas mengharungi perpindahan pinjaman bersama kelab itu.
Namun begitu, Torino terpaksa melupakan Hart kerana permintaan gaji beliau yang tinggi dan tidak mampu ditunaikan oleh kelab Serie A itu.
Selain Torino, Hart pernah bermain secara pinjaman di West Ham United.
Namun begitu, beliau gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk mendapatkan semula prestasi beliau yang terdahulu.
Hart menyatakan beliau tidak kisah beraksi di mana-mana liga, jadi ke mana beliau akan pergi?