Manchester City Bercadang Bida Alexis Sanchez £20 Juta Januari Ini

Manchester City akan cuba melakukan percubaan terakhir untuk mendapatkan Sanchez dari Arsenal pada Januari ini jika pemain tersebut tidak menandatangani sebarang kontrak lanjutan dalam tempoh tersebut.

Arsenal mungkin akan memikirkan untuk menjual Sanchez daripada membiarkan pemain itu pergi secara percuma. Namun sebelum ini Wenger menegaskan yang beliau tidak akan menjual Sanchez.

Beliau yakin pemain itu akan terus kekal di Arsenal meskipun lewat menandatangani kontrak lanjutan.

Pada pra musim lalu, Manchester City melancarkan bidaan £45 juta namun Arsenal meminta wang tunai dengan memasukkan Raheem Sterling sekali di dalam perjanjian. Pep Guardiola menolak permintaan itu.

Manchester City kemudiannya mencuba untuk membida £60 juta pada hari terakhir jendela perpindahan. Namun Arsenal berkeras enggan menjual pemain penting mereka itu meskipun sudah mendapatkan Lacazette.

Lacazette pada awalnya dijangka akan menjadi pengganti Sanchez. Wenger menegaskan Lacazette bukan pengganti ataupun ‘back-up plan’ untuk Sanchez.

Aksi cemerlang Sanchez pada awal musim ini adalah kesinambungan daripada musim terbaik beliau pada musim lalu. Dalam perkembangan berkaitan, AC Milan dilaporkan mahu mendapatkan Sergio Aguero pada Januari ini.

Ini kerana, jika Guardiola membawa masuk Sanchez, Aguero berkemungkinan besar akan menjadi pilihan kedua untuk digandingkan dengan Gabriel Jesus.

AC Milan dikritik oleh Arrigo Sacchi dan Andriy Shevchenko sebelum ini kerana pembelian pemain terlalu ramai tetapi gagal memberikan impak.

Milan perlu menandatangani penggempur dalam kategori ‘marquee singning’ seperti Aguero.

Sumber

Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4958264/Arsenal-transfer-news-City-eye-20m-Alexis-Sanchez-bid.html#ixzz4uw0CUeKt

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN