Andrea Pirlo Umum Persaraan! Ini 9 Perkongsian Menarik Dalam Autobiografi Beliau

Andrea Pirlo bersara pada akhir musim ini. Beliau  merasakan fizikal beliau sudah tidak mampu menampung tuntutan aksi kompetitif.

Kontrak beliiau akan berakhir pada Disember ini. Pirlo berkata yang beliau tidak perlu memaksa dirinya untuk bermain sehingga usia 50 tahun.

Berikut adalah beberapa perkongsian menarik Pirlo di dalam buku autobiografi beliau bertajuk: Andrea Pirlo: I Think Therefore I Play

1. Panenka 2012 vs Hart

“Saya tidak merancangnya seperti Totti pada tahun 2000 ketika menetang Belanda. Totti sudah memberitahu Maldini bahawa beliau akan cip bola melepas penjaga gol.”

“Saya melihat gerak-geri Hart dari awal dan membuat keputusan melakukan panenka pada saat-saat akhir.”

2. Persaraan dan indahnya mewakili Itali

“Selepas Piala Dunia Brazil, saya mengumumkan persaraan daripada peringkat antarabangsa. Jika saya tak umumkan persaraan, tak siapa yang mampu memberitahu saya untuk berhenti bermain.”

“Saya sudah 35 tahun dan dah tiba masanya memberikan peluang kepada pemain lain. Menjadi sebahagian pasukan kebangsaan itu sangat indah, ia lebih hebat daripada seks.”

“Contohnya, Antonio Cassano, dia meniduri 700 wanita tetapi masih gagal mewakili Itali (pada Piala Dunia 2014). Anda rasa dia gembira?”

“Lebih baik menjadi askar di dalam padang daripada askar di bilik tidur.”

3. Tentang Roy Hogdson

“Dia asyik silap menyebut nama saya. Dia panggil saya Pirla (dalam dialek Milan, Pirla bermaksud d**ck head)”

“Namun dia memahami sifat semulajadi saya berbanding dengan pengurus lain sebelum itu. Tetapi malangnya, pada satu pagi saya bangun, saya pula lupa siapa jurulatih saya.”

4. Derita Istanbul

“Peristiwa tidak masuk akal itu pernah membuatkan saya mahu berhenti bermain bola sepak. Final UCL 2005 melemaskan saya.”

“Ramai yang ingat bagaimana kami kalah kerana Jerzy Dudek dalam penentuan penalti. Tarian si bangsat itu membuatkan kami terlepas mickey (UCL – telinga besar).”

“Dia melenggok-lenggok di atas garisan itu telah menambahkan garam pada luka kami setiap kali dia menyelamatkan penalti. Ia memang perit tetapi, yang benar-benar bersalah adalah kami sendiri.”

“Bagaimana benda seperti itu boleh berlaku? Bagaimana benda mustahil menjadi realiti. Ianya sebab ada orang yang jadi puncanya. ”

“Kami satu pasukanlah puncanya. Kami seperti terjun diri dari atas Jambatan Bosphorus untuk membunuh diri.”

“Kami sukar melupakan peristiwa itu. Mental kami hancur teruk. Insomnia, mengamuk, tertekan dan rasa seperti tiada apa di dunia ini. Kami sendiri mencipta penyakit untuk diri sendiri digelar Sindrom Istanbul.”

“Saya tak mampu tengok diri saya di dalam cermin. Satu-satunya cara saya boleh lupakan masalah itu dengan bersara. Saya malu.”

“Saya tidak pernah menonton DVD perlawanan itu lagi. Saya sudah bermain banyak perlawanan tetapi kepala saya masih memikirkan penjelasan di sebalik kewujudan perkara seperti itu.”

5. Alex Ferguson pasang anjing pengawal (guard dog)

“Sir Alex Ferguson, pengurus dengan hidung ‘pink’ telah merosakkan permainan semulajadi saya dengan memasang ‘guard dog’ di dalam padang iaitu Park Ji Sung.”

“Park Ji Sung diarahkan merantai saya sepanjang malam. Dia berlari pada kelajuan sebuah elektron. Dia menghimpit-himpit saya, tangannya berada di punggung saya, cuba untuk menakut-nakutkan saya.”

“Ketika dia mendapat bola, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mereka telah memprogram dia untuk menghentikan saya.”

“Ketaatannya kepada tanggunjawabnya agak menyentuh perasaan. Walaupun dia seorang pemain terkenal, namun dia tetap bersetuju dirinya dijadikan anjing pengawal.”

6. Berlusconi halang perpindahan saya ke Chelsea

“Pada Ogos 2009, saya sudah mencapai persetujuan dengan Chelsea ketika Ancelotti mengambi alih. Carlo seperti ayah dan guru kepada saya. Baik hati dan pandai buat kelakar.”

“Dia motivasi saya untuk ke Chelsea. Tetapi malangnya, Berlusconi menarik balik persetujuan itu dan tidak menandatangani kertas ke-2 itu.”

“Mereka minta saya kekal dan memberitahu: ‘Kekal di sini, kami akan dapatkan Huntelaar. Kami boleh dapatkan Claudio Pizarro tetapi kami memilih Huntelaar.’. Huntelaar….? ‘Kami baru jual Kaka, dan kami tak mahu kehilangan anda.’ Anda simbol Milan.’ ”

“Milan meminta wang terlalu besar dan mereka meminta dimasukkan sekali Branislav Ivanovic. Mereka tahu Chelsea enggan melepaskan pemain itu.”

6. Menyertai Juventus

“Saya sentiasa mahukan kontrak jangka panjang daripada berbanding kontrak dengan gaji lebih tinggi.”

“Ketika saya mahu mendapatkan kontrak baru, mereka berdolak dalik. Suruh saya bertemu dengan Galliani sendiri. Saya setuju dan positif.”

“Selepas itu Galliani memberitahu media, Pirlo bukan untuk dijual, dia akan kekal di Milan sehingga habis karier beliau.”

“Namun semua itu tidak menjadi kenyataan dan tiada kontrak baru untuk saya. Dan saya memutuskan untuk menyertai Juventus. Lepas ini tak ada lagi saya fikirkan tentang benda macam Berlusconi.”

“Dia seorang yang suka main wayang. Dia tahu apa yang dia nak. Itulah yang membuatkan dia Presiden yang hebat.”

7. Di belakang Mario Balotelli menentang perkauman

“Mario adalah salah satu ubat istimewa, antidot kepada racun perkauman di Itali. Di sana ada ramai individu minoriti yang memiliki sejarah mereka tersendiri.”

“Setiap kali saya melihat Mario, saya akan senyum untuk menunjukkan diri saya sentiasa di belakang beliau. Saya tidak mahu dia mengalah. Senyuman saya itu adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semangat beliau.”

8. Benci dengan sesi pemanas badan

“Salah satu perkara dalam tugasan saya yang benci adalah sesi pemanas badan sebelum sepak mula. Saya bencikannya dengan seluruh serat dalam badan saya. Ia leceh. Benda tu sebenarnya lebih kepada mast**b*asi untuk jurulatih kecergasan.”

9. Tak akan jadi jurulatih

“Maaf, tidak ada perancangan untuk saya jadi jurulatih. Saya mahu menikmati hidup selepas itu. Saya tidak akan bertaruh walau sesen pun untuk menjadi pengurus.”

“Terlalu banyak kebimbangan dalam diri saya kerana saya kenal sangat gaya hidup seseorang pemain. Selepas ini, saya ingin mendapatkan kembali kehidupan peribadi saya selama ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN