Manchester City Bakal Digantung Daripada UCL Sekiranya Bersalah Melanggar FFP

Manchester City kini berhadapan dengan risiko digantung daripada kejohanan antara kelab Eropah – UCL ataupun UEL pada musim hadapan sekiranya mereka didapati melanggar piawaian Financial Fairplay (FFP).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Uefa – Aleksander Ceferin. Beliau memberitahu wartawan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Man. City dan keputusan mengenainya akan diputuskan dalam masa terdekat.

Uefa mendapat tekanan kuat daripada ramai pihak selepas Der Spiegel membuat beberapa pendedahan di atas salah laku kelab tersebut.

Der Spiegel melaporkan Sheikh Mansour telah melanggar banyak prosedur FFP termasuk memalsukan maklumat tajaan serta suntikan dana. Der Spiegel mengaitkan kekebalan City daripada hukuman FFP dengan bekas Setiausaha Agung Uefa – Gianni Infantino yang kini sudah bergelar Presiden FIFA.

Infantino dikatakan telah memberikan kuasa budi bicara yang membelakangkan prinsip Uefa ke atas City selepas kelab itu berbelanja berlebihan pada 2014. Man. City hanya dikenakan denda dan arahan pengurangan jumlah pemain dalam kempen UCL.

Der Spiegel menganggap tindakan itu terlalu ringan kerana banyak kelab kecil lain di Romania dan Turki terus dikenakan penggantungan oleh Uefa.

Man. City kemudian tampil mempertahankan diri mereka dengan menganggap kenyataan itu adalah cubaan jahat oleh Der Spiegel untuk menjatuhkan reputasi kelab tersebut yang profesional dan bersih.

Infantino kemudian mempertahankan dirinya dan menolak tuduhan Der Spiegel bahawa beliau telah mencabuli proses siasatan oleh Uefa dengan mengambil tindakan sendiri. Infantino berkata: “Tugas saya memang untuk berjalan keluar bukannya duduk di pejabat sahaja.”

ZURICH, SWITZERLAND – MARCH 18: FIFA president Gianni Infantino speaks during a press conference after the FIFA executive committee meeting at the FIFA headquarters on March 18, 2016 in Zurich, Switzerland. (Photo by Valeriano Di Domenico/Getty Images)

“Matlamat kami Uefa adalah mahu kelab-kelab di Eropah dekat dengan kami bukannya menendang mereka jauh-jauh. Jadi anda akan cuba berunding dan mencari penyelesaian.”

Media di Jerman di Dublin kemudiannya bertanya kepada Ceferin, sama ada Uefa kini sedang melakukan siasatan semula ataupun tidak? Ini kerana ramai pihak mendesak Uefa menyiasat semula kes itu.

Ceferin menyatakan siasatan kes itu akan dibuka semula oleh Uefa jika mereka mendapat lebih banyak informasi di atas kes itu. Sekiranya Man. City didapati bersalah, Ceferin memberikan jaminan tiada kelab yang akan terlepas daripada hukuman termasuk hukuman gantung daripada menyertai UCL/UEL.

Ceferin merujuk kepada; kes itu ketika ini sedang disiasat semula oleh badan bebas. Beliau berkata lagi: “Kita sekarang ini dalam proses penilaian ke atas perkara ini.”

Leave a Reply