Manchester City Anggap Berita Pep Guardiola Ke Juventus Sebagai Mengarut

Manchester City menepis spekulasi bahawa Pep Guardiola akan menyertai Juventus pada musim akan datang.

Beberapa laporan di Itali, AGI menyatakan pengurus City itu sudah bersetuju dengan kontrak bersama Juventus.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Pep Guardiola setuju dengan kontrak bernilai €24 juta semusim untuk menggantikan Max Allegri dan Pep Guardiola akan diberikan dana besar dalam perpindahan.

Namun begitu beberapa minggu lalu, Pep Guardiola sudah memberikan komitmen beliau kepada Man. City dengan menyatakan: “Ianya terserah kepada Man. City, berapa tahun mereka mahukan saya di sini.”

BRIGHTON, ENGLAND – MAY 12: Josep Guardiola, Manager of Manchester City looks on wearing a winners medal after winning the title following the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester City at American Express Community Stadium on May 12, 2019 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Salah seorang daripada eksekutif City Football Group – Alberto Galasi menganggap berita itu tidak berasas.

“Sebagai salah seorang ahli lembaga Manchester City, saya terkejut membaca berita mengarut ini,” kata Galasi kepada Sky Sports.

“Pertamanya, jurulatih kami akan terus kekal di sini untuk baki 2 musim kontraknya. Keduanya, kelab seperti Juventus, tidak akan membenarkan media mengeluarkan berita seperti itu – jika ia benar berlaku.”

“Mustahil untuk mereka mengumumkan Guardiola tanpa pengetahuan ataupun menghubungi kami terlebih dahulu. Jadi berita ini sangat tidak tepat dan bohong.”

“Guardiola profesional sejati dan beliau tidak mahu meninggalkan kelab ini. Dan satu lagi masalahnya kini adalah; berita ini memang dibuat-buat dan tidak betul.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN