Miralem Pjanic: Segala Yang Terbaik Telah Dilakukan Massimiliano Allegri

Allegri

Pemain tengah, Miralem Pjanic nyata menghargai sumbangan yang dicurahkan bekas pengendali Juventus, Massimiliano Allegri terhadap pasukan The Old Lady itu.

Pemain antarabangsa Bosnia Herzegovina itu menyifatkan Allegri telah memberikan segala yang terbaik dalam membimbing Juventus.

Allegri menyertai kelab gergasi Itali itu pada musim 2014/15 selepas menggantikan Antonio Conte.

Pengendali berusia 51 tahun itu juga bertanggungjawab membawa Pjanic ke Juventus selepas direkrut daripada AS Roma selepas dua musim beliau di Allianz Stadium.

”Kami adalah kumpulan yang hebat dan saya perlu mengucapkan tahniah kepada jurulatih kami, yang sentiasa berjaya membuat segala-galanya berjalan dengan cara terbaik.”

TURIN, ITALY – MAY 19: Miralem Pjanic of Juventus in action during the Serie A match between Juventus and Atalanta BC on May 19, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Tullio M. Puglia/Getty Images)

”Bersamanya, kami berjaya untuk menang. Dalam bola sepak anda perlu bekerja untuk meningkat, saya sentiasa mempunyai mentaliti tersebut.”

Sepanjang lima musim berkhidmat di Turin, Massimiliano Allegri telah melakarkan beberapa kenangan manis apabila membawa Juventus menjuarai saingan Serie A bagi lima tahun berturut-turut.

Selain itu, Juventus turut mencatatkan kejayaan merangkul Coppa Italia sebanyak empat kali.

Namun, nasib masih tidak menyebelahi Allegri dan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila kecundang di peringkat suku akhir pada musim ini ditangan Ajax.

Peluang paling hampir adalah pada musim 2016/17 setelah melayakkan diri ke perlawanan akhir tetapi impian merangkul kejuaraan berkubur selepas ditewaskan Real Madrid di Cardiff.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN