Di atas kertas carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017/18, Manchester City gah berada di atas sebagai juara dengan kutipan 100 mata. Jumlah mata tersebut adalah rekod di dalam saingan bola sepak Inggeris.
Dan City turut melakukannya dengan penuh bergaya setelah turut menyingkirkan cabaran jiran tetangga, Manchester United dengan kelebihan 19 mata di tangga kedua.
Kerana itulah pada hari ini penyokong Manchester City boleh berbangga untuk mengatakan:’Bandar Manchester itu berwarna Biru Muda!’
Itu adalah ukuran di atas padang. Sah, City dan penyokongnya mempunyai hak untuk bermegah ke atas 19 pasukan lain di EPL sebagai juara mutlak Liga Perdana Inggeris.
Namun bagi Manchester United, mereka sebenarnya tidak tewas segala-galanya kepada jiran tetangga mereka itu. Sekurang-kurangnya mereka boleh bermegah dengan kutipan hadiah kemenangan dan juga hak penyiaran yang lebih tinggi berbanding lawan mereka yang berpengkalan di Etihad.
Manchester United yang sekadar mengakhiri saingan musim ini di tangga kedua liga menerima jumlah keseluruhan hadiah kemenangan dan juga hak penyiaran berjumlah £149.77 pada musim ini.
Jumlah tersebut melangkaui apa yang diperolehi oleh Manchester City sebanyak £328,491. Ia perbezaan yang tipis, namun masih memihak kepada Manchester United.
Secara keseluruhan, Manchester City menerima £149.44 juta pada musim ini. Bagaimana ini boleh berlaku?
Manchester United dibayar lebih kerana mempunyai dua perlawanan lebih banyak disiarkan secara langsung di UK. Ini bermakna mereka dibayar lebihan sebanyak £2.26 juta untuk dua perlawanan tersebut.
Secara keseluruhan kelab-kelab di EPL menerima bayaran bernilai £2.42 billion pada musim ini. Ia adalah tambahan nilai sebanyak £2.1 juta berbanding perolehan pada musim sebelumnya.
Skuad Jose Mourinho memperolehi liputan siaran secara langsung dalam 28 perlawanan sepanjang musim ini. Ia adalah jumlah perlawanan yang sama berbanding yang diperolehi oleh Liverpool dan Arsenal.
In total Premier League clubs received £2.42bn, £2.1m more than last season.
Di UK, hak penyiaran mempunyai formula pembayaran tersendiri untuk dinikmati oleh setiap kelab secara adil. 50% daripada nilai keseluruhan perolehan akan dibayar secara sama rata di kalangan 20 pasukan yang bertanding.
Manakala 25% lagi akan dibayar bergantung kepada jumlah siaran secara langsung sesebuah kelab itu terlibat. Baki 25% akan diagihkan berdasarkan kedudukan akhir setiap kelab di penghujung saingan.