Man Utd Perlu Julang Lebih Banyak Trofi Untuk Kekalkan David De Gea

David de Gea mendapat pujian untuk aksinya menentang Everton pada hujung minggu yang lalu. Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu menyelamatkan sekurang-kurangnya 2 percubaan, masing-masing daripada Wayne Rooney dan juga Gylfi Sigurdsson, peluang yang dianggap mampu merosakkan perancangan United dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan menentang Everton itu juga merupakan perlawanan ke-100 gawang yang dikawal oleh David De Gea tidak dibolosi selepas tampil sebanyak 275 kali untuk United dalam semua pertandingan.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Malah De Gea kini berada di kedudukan ke-5 di kalangan penjaga gol Manchester United yang mempunyai rekod tidak dibolosi, di belakang Peter Schmeichel (180), Alex Stepney (175), Gary Bailey (161) and Edwin van der Sar (135).

Jika usia De Gea diambil kira, tidak mustahil penjaga gol berusia 26 tahun ini mampu memecahkan rekod yang dipegang oleh Peter Schmeichel sekaligus bergelar legenda di Old Trafford.

Namun sebelum itu, Manchester United harus meyakinkan penjaga gol ini untuk terus kekal di Manchester. Semua pihak tahu bagaimana kisah kegagalan Real Madrid cuba memancing De Gea, dan gergasi Sepanyol berkenaan masih menyimpan niat untuk memiliki tandatangan penjaga gol ini.

Untuk itu, rakan senegara De Gea dari Sepanyol, Ander Herrera mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Manchester United harus lebih dominan dalam memenangi trofi untuk mengekalkan David de Gea.

Herrera berpendapat rakannya itu gembira bersama Manchester United,sekurang-kurangnya buat masa ini.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Ander Herrera dipetik sebagai berkata:

“Saya boleh melihat kemungkinan untuk De Gea terus kekal di United untuk tahun-tahun yang mendatang. Tetapi kita harus terus memenangi trofi untuk memastikan beliau kekal. Itu yang kami lakukan pada musim lepas.”

“David sangat gembira sekarang kerana Manchester United bersaing untuk semua trofi. Musim lalu kami memenangi 2 trofi dan juga Community Shield. Musim sebelumnya ialah Piala FA. Itulah David dan semua pemain mahukan.”

“Real Madrid pasti akan memperkatakan mengenai David De Gea pada setiap musim panas kerana beliau adalah penjaga gol No.1 di dunia. Tetapi saya berpendapat kualiti United dan Real Madrid tidaklah begitu jauh jika pencapaian lalu diambil kira.”

“Kami suka akan kehadiran De Gea dan mahukan beliau untuk berada di sini selama yang boleh.”

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Ander Herrera turut berpendapat De Gea akan bergelar legenda jika terus kekal di Old Trafford. Malah Herrera berpendapat De Gea adalah penjaga gol No.1 dunia, mengatasi penjaga gol utama dunia yang lain seperti Manuel Neuer, Gianluigi Buffon dan Marc-Andre ter Stegen.

“Saya menghormati kebolehan Manuel Neuer, Gianluigi Buffon dan Marc-Andre ter Stegen. Tetapi pada saya, De Gea adalah No.1.”

“Beliau adalah seorang penjaga gol yang sangat tenang. Itulah kualiti yang membuatkan saya sering teruja akan kebolehannya. Kehadiran De Gea membuatkan perlawanan berbeza untuk United.”

De Gea sudah bersama Manchester United sejak 6 musim yang lalu dan mendedahkan 6 bulan pertama adalah tempoh yang paling sukar kerana perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar Manchester.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

“Kita menyaksikan prestasi terbaik daripada De Gea pada setiap musim. Tidak mudah untuk seorang penjaga gol beraksi sedemikian, terutama di EPL.”

“De Gea menyelamatkan beberapa percubaan yang menakjubkan ketika perlawanan. Malah ketika latihan, kami sering tertawa kerana ia seperti mustahil untuk membolosi beliau.”

Sejak menyertai Manchester United pada musim panas 2011 sebagai pengganti kepada Edwin van der Sar, David de Gea tampil sebagai antara penjaga gol terbaik yang pernah beraksi di EPL.

1 kejuaraan EPL pada musim 2012-13, 1 Piala FA, 1 Piala EFL dan 1 trofi UEFA Europa League, De Gea pasti mahukan lebih lagi jika beliau memilih untuk kekal bersama Manchester United.

Sumber:

1. Rob Dawson, ESPN FC (2017): Manchester United must win trophies to keep David De Gea – Ander Herrera; http://www.espnfcasia.com/manchester-united/story/3207570/manchester-united-must-win-trophies-to-keep-david-de-gea-ander-herrera

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN