Jamie Redknapp Risau Lihat Ketumpulan Penyudah Liverpool Dalam Aksi Menentang Burnley

Bekas pemain tengah Liverpool, Jamie Redknapp mengakui bahawa beliau risau melihat penyudah tumpul yang ditampilkan Liverpool ketika hanya mampu seri 1-1 menentang Burnley di Anfield pada Sabtu lalu.

Perlawanan itu juga menyaksikan Phillipe Coutinho membuat penampilan sulung bersama Liverpool musim ini selepas berita mengenai perpindahannya ke Barcelona bertiup kencang.

Ketiadaan Sadio Mane yang digantung tiga perlawanan juga cukup dirindui Jurgen Kloop pada perlawanan tersebut.

Redknapp jelas lebih merisaukan ketumpulan bahagian serangan berbanding kelemahan di bahagian pertahanan yang dihadapi The Reds ketika ini.

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 16: Mohamed Salah of Liverpool celebrates scoring his sides first goal with his Liverpool team mates during the Premier League match between Liverpool and Burnley at Anfield on September 16, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

”Liverpool memang mengalami masalah di bahagian pertahanan tetapi apa yang saya lebih risaukan adalah para pemain tidak berupaya untuk ‘membunuh’ Burnley,” kata Redknapp kepada Daily Mail.

”Kreativiti dan dominasi yang dipamerkan mereka telah menghasil 35 percubaan tetapi hanya satu sahaja jaringan diperolehi. Liverpool adalah satu pasukan yang menarik untuk ditonton aksinya. Roberto Firmino, Phillipe Coutinho dan Mo Salah adalah pemain bola sepak yang ‘indah’ dan mampu mengubah permainan yang sukar menjadi memukau.”

”Mereka berkongsi jaringan sesama pasukan. Anda tidak akan dapat menjadi calon pemenang kasut emas dalam pasukan ini. Tetapi apabila berdepan dengan Burnley yang bertahan dengan begitu baik, anda perlu mempunyai penyerang yang ‘kejam’ seperti Ian Rush, Robbie Fowler dan Micheal Owen.”

Jamie Redknapp
20 Oct 2001: Jamie Redknapp of Liverpool holds off Matthew Jones of Leicester during the match between Leicester City and Liverpool in the Barclaycard Premiership at Filbert Street, Leicester. Mandatory Credit: Mark Thompson/ALLSPORT

Liverpool gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir selepas tewas 5-0 kepada Manchester City, seri 2-2 dengan Sevilla dalam Liga Juara-Juara Eropah dan yang terakhir sekadar terikat 1-1 menentang Burnley.

Pada perlawanan liga minggu lalu, Mohamed Salah menghasilkan jaringan penyamaan buat Liverpool pada minit ke-30 selepas ketinggalan menerusi jaringan Scott Arfield 3 minit sebelum itu.

Sumber :

The Sport Review (2017) http://www.thesportreview.com/tsr/2017/09/liverpool-fc-news-latest-jamie-redknapp-worried/

 

Leave a Reply