Man Utd Menang Dengan Kontroversi, Bernasib Baik Tidak Dibaham Wolves

Aura Cristiano Ronaldo jelas dirasai ketika Manchester United menewaskan Wolves pada malam tadi. Ia adalah perlawanan pertama yang dilalui oleh anak buah Ole Gunnar Solskjaer sejak bintang bola sepak Portugal itu disahkan akan kembali menyertai mereka pada musim ini.

Di atas padang bagaimanapun perkara sebaliknya digambarkan. Manchester United jelas pasukan kedua terbaik di dalam padang dengan Wolves menampilkan aksi bertenaga mendominasi perlawanan untuk tempoh lama sebelum Masin Greenwood menjaringkan gol kemenangan pada babak akhir separuh masa kedua.

Wolves juga berpendapat Ruben Neves telah dikasari sebelum jaringan tersebut dilakukan, tetapi pengadil tetap membenarkan jaringan tersebut kekal.

Jika kawalan permainan dan peluang yang terhidang menjadi indikasi, Wolves sepatutnya boleh mendahului 3-0 selepas 15 minit pertama perlawanan. Percubaan dari Raul Jimenez misalnya memastikan David de Gea menampilkan aksi terbaiknya dari minit awal peelawanan.

Aaron Wan-Bissaka turut cemerlang menafikan percubaan Trincao, dan kesilapan oleh Jadon Sancho hampir dihukum oleh Joao Mautinho dengan percubaan voli.

David de Gea sekali lagi menafikan pendahuluan milik Wolves apabila turut menafikan dua percubaan berturut-turut Romain Saiss, sebelum Greenwood meletakkan Manchester United di hadapan.

Adama Traore juga wajar diberikan pujian apabila lariannya sering memberi masalah kepada pertahanan United.

Namun kisah sama tetap terjadi kepada Wolves di akhir perlawanan.

Wolves kekal tanpa sebarang mata di bawah jurulatih baharu, Bruno Lage dan kekalahan ini merupakan kali ketiga berturut-turut Wolves tewas 1-0 pada musim ini.

Secara keseluruhan Wolves memiliki 15 percubaan tepat dari tiga perlawanan pertama mereka pada musim ini. Sehingga kini pasukan itu masih gagal menjaringkan sebarang gol.

Wolves tidak berpuas hati kerana jaringan Greenwood dibenarkan. Neves dilihat melakukan protes kepada Mike Dean selepas perlawanan.

Selepas tewas kepada Leicester, Tottenham dan Manchester United, Bruno Lage sedar anak buahnya perlu mulai mengutip mata menentang Watford dan Brentford selepas kembali berehat dari kalendar antarabangsa.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN