Debut Messi Bersama PSG Dimulakan Dengan Kemenangan, Dihiasi Dua Gol Mbappe

Lionel Messi tampil melakukan debut bersama Paris Saint-Germain (PSG) pada minit ke-66 perlawanan dalam kemenangan 2-0 ke atas Reims di saingan Ligue 1 pada awal pagi tadi.

Penyerang Argentina itu menyarung jersi No.30, menerima tepukan gemuruh penyokong selepas masuk menggantikan Neymar di stadium yang penuh dan tiket perlawanan habis dijual.

Ini adalah kali pertama Messi tampil secara kompetitif bersama pasukan lain selain Barcelona.

“Beliau belum berada di tahap terbaik tetapi menjalani latihan dengan baik. Beliau akan cergas sepenuhnya dalam dua minggu lagi,” ujar pengurus pasukan, Mauricio Pochettino ketika bercakap kepada wartawan selepas perlawanan.

“Kami menunggu prestasi terbaik dari beliau. Saya gembira beliau akhirnya melakukan penampilan. Ia perkara penting buat beliau.

“Ia juga menggembirakan untuk mendengar penyokong bersorak untuk beliau, bukan sahaja dari kalangan penyokong kami, ia sesuatu yang selayaknya Leo [Messi] dapat.”

Penampilan terakhir Mbappe?

Kylian Mbappe menjaringan kedua-dua gol dalam perlawanan terebut dan ia juga seperti penampilan terakhir pemain itu yang dilaporkan menjadi sasaran Real Madrid.

Real Madrid telah melakukan bidaan £137 juta untuk penyerang berusia 22 tahun itu yang telah menjaringkan 135 gol dari 175 perlawanan untuk PSG.

Walaupun bidaan pertama telah ditolak, bidaan kedua dengan nilai lebih besar dipercayai telah dihantar kepada PSG yang kini perlu membuat keputusan untuk melepaskan pemain itu atau menanggung risiko membenarkan pemain itu pergi secara percuma pada musim panas akan datang.

Gol pertama Mbappe dalam perlawanan ini hadir selepas beliau menanduk masuk hantaran lintang Angel di Maria, sebelum turut menyambar hanytaran Achraf Hakimi.

“Kylian adalah pemain kami dan anda semua tahu di dalam bola sepak dan perniagaan akan sentiasa ada khabar angin,” kata Pochettino lagi.

“Saya berpendapat presiden dan pengarah sukan kelab ini sangat jelas mengenai perkara ini, dan beliau masih lagi di sini. Saya gembira kerana Mbappe masih ada.

“Beliau adalah salah seorang pemain terbaik, salah seorang pemain terpenting dunia pada hari ini. Bagi kami beliau adalah ibarat sebuah anugerah.”

Messi tetap curi tumpuan

Tetapi tumpuan dalam perlawanan ini tetap terarah kepada pemain berusia 34 tahun, Lionel Messi yang dimasukkan selepas gol kedua Mbappe dijaringkan.

Tiket perlawanan dijual setinggi €6,000 (RM30,000), dan Reims menjual habis kesemua 20,000 tiket untuk perlawanan yang diadakan di Stade Auguste-Delaune itu.

Mereka yang mendapatkan tiket pasti sedikit kecewa selepas melihat nama Messi sekadar berada di bangku pemain simpanan pada permulaan perlawanan.

Tepukan gemuruh mulai bergema saat Messi memanaskan badan, dan nama beiau turut dinyanyikan penyokong kedua-dua pasukan. Gempita di seluruh stadium semakin kuat apabila Messi diumumkan memasuki padang menggantikan Neymar.

Sepanjang perlawanan, Messi sempat melakukan beberapa hantaran menarik, dan terlibat dengan gerakan satu-dua, selain dikasari oleh pemain pertahanan lawan. Turut berkesempatan mendapat bola di dalam kawasan penalti lawan, Messi bagaimanapun tidak memperolehi ruang yang diperlukan untk menjaringkan gol.

 

Perlawanan menentang Reims ini adalah perlawanan pertama Messi sejak kejohanan Copa America bersama Argentina pada Julai lalu.

Messi menyertai Barcelona pada usia 13 tahun, dan menjaringan 672 gol dari 778 penampilan untuk kelab Catalan itu.

Memiliki enam anugerah Ballon d’Or – juga satu rekod – Messi dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN