Skrip yang sama, keputusan yang sama.
Jika di Emirates, Arsenal mencipta paling banyak peluang tetapi United yang menang. Pada perlawanan semalam juga sama. Liverpool mencipta paling banyak peluang tetapi sekali lagi – United yang menang.
Dalam perlawanan semalam, United bermain seperti biasa. Mereka mendominasi penguasaan bola, hantaran bola mereka masih tidak kemas di bahagian tengah dan pertahanan, David de Gea beraksi cemerlang dan yang paling utama – penyerang mereka sangat-sangat klinikal walaupun tidak banyak peluang gol dihidangkan.
Back three vs back three
Bila kali terakhir kedua-dua pasukan dari England berentap dengan menggunakan formasi back three? Glenn Hoddle pastinya tersenyum lebar bila menyaksikan perlawanan ini.
Dalam perlawanan ini, Man United tampil dengan formasi kebiasaan mereka iaitu 3-4-1-2. Cuma Brendan Rodgers membuat kejutan dengan menampilkan formasi 3-4-2-1 yang pernah dicuba mereka pada separuh pertama musim lepas tetapi kurang berjaya.
Persoalannya mengapa Brendan Rodgers menukar kepada formasi back three ini?
Bagi kami, ini adalah cubaan Rodgers untuk memberi ekstra man di bahagian pertahanan Liverpool. Menentang United yang hampir pasti bermain dengan 2 penyerang, Rodgers mahu situasi 3v2 berlaku di hadapan pintu gol Liverpool dengan Glen Johnson, Martin Skrtel dan Dejan Lovren bermain di tengah.
Di bahagian tengah Liverpool, Joe Allen yang mengundang keluhan peminat Liverpool yang terlihat namanya di starting line-up bergandingan dengan Steven ‘Walking’ Gerrard. Di atas, Raheem Sterling dibantu oleh Philip Coutinho dan Adam Lallana. Jika anda perhatikan perlawanan semalam, Countiho dan Lallana nampak keliru dengan apa yang sepatutnya mereka lakukan dalam formasi ini. Ini mungkin ada kaitan dengan formasi baru yang cuba diterap oleh Rodgers.
Gol pertama Man United: Lallana dan Allen buat Valencia nampak macam Cristiano Ronaldo.
Walaupun Alberto Moreno jauh meninggalkan posisinya ketika diserang balas United, Liverpool sepatutnya tiada masalah kerana Allen dan Lallana berjaya mengepung Valencia yang keseorangan di sayap kanan United.
Tips kepada anda yang bermain bola/futsal: Paksa pemain lawan pakai kaki lemahnya ketika dia menyerang. Jangan turun menerjah dahulu sebelum dia memperlahankan larian. Apabila lariannya sudah diperlahankan, rampas bola di kakinya.
Gol kedua Man United: OFSAID!
Jika anda berada di tempat linesman, sukar bagi anda untuk menentukan sama ada Robin van Persie dapat menanduk bola itu atau tidak kerana trajektori hantaran lintang Young kelihatan tidak berubah jika dilihat dari tepi.
Ofsaid atau tidak? Soalan ini akan menjadi misteri seperti soalan: Adakah tangan Maradona menyentuh bola ketika one-on-one dengan Peter Shilton?
Goal ketiga Man United: £20 juta untuk Dejan Lovren nampak macam lawak jenaka
Berpunca dari larian gung-ho Kolo Toure yang ditamatkan oleh Marouane Fellaini, Man Utd menyerang balas. Tetapi Liverpool bersedia dengan 3 pemain.
Kesimpulan
Kesimpulan kami mudah: