Statistik: Man United Punya Rekod Bertahan Terbaik Dalam Kalangan 6 Pasukan Utama EPL

Memetik kata-kata Sir Alex Ferguson satu ketika dahulu, “serangan yang baik memberikan kemenangan, pertahanan yang baik memberikan kejuaraan.”

Ternyata jelas, barisan pertahanan merupakan bahagian yang cukup penting dalam sesebuah pasukan. Di kala barisan serangan tumpul dan seolah tidak boleh memenangi perlawanan untuk pasukan, barisan pertahanan yang ampuh akan pastikan mereka berjaya curi 1 mata dan tidak tewas.

Sejak musim lalu, pasukan seperti Chelsea telah dibina menerusi pertahanan yang mantap dan hasilnya kejuaraan Premier League berjaya dibawa pulang ke Stamford Bridge.

Namun bagaimana aksi barisan pertahanan bagi 6 pasukan utama Premier League?

Bolos kurang dari 40 gol

Hasil data yang dikeluarkan oleh Sky Sports sejak dari permulaan musim 2016/2017, 3 daripada 6 pasukan utama Premier League mempunyai rekod pertahanan yang baik dengan tidak bolos lebih dari 40 gol.

Manchester United dan Tottenham Hotspur hanya memboloskan 31 gol dengan Chelsea pula 38 gol.

Manchester City pula memboloskan 41 sementara Liverpool dan Arsenal memboloskan gol lebih dari 50 kali dengan 53 gol dan 52 gol.

Jumlah purata gol yang diboloskan oleh 6 pasukan ini pada setiap perlawanan terkesan dengan jumlah bolos mereka.

Manchester United dan Tottenham Hotspur hanya memboloskan 0.7 gol setiap perlawanan diikuti Chelsea dan Manchester City dengan 0.9 .

Liverpool dan Arsenal sekali lagi dalam kedudukan yang tidak baik apabila Liverpool melepaskan purata 1.20 gol setiap perlawanan dan Arsenal pula 1.21 .

Pasukan kendalian Jurgen Klopp ini juga merupakan pasukan paling sedikit mendapatkan clean sheet apabila mereka cuma memperoleh 14 clean sheet.

Ia diikuti Arsenal dengan hanya 15 clean sheet dan diikuti Manchester City dengan 16 serta Chelsea dengan 19.

Tottenham Hotspur berjaya merakamkan 20 clean sheet sementara Manchester United unggul dengan 22.

Hasil dari kerja cemerlang Mauricio Pochettino, Tottenham Hotspur menjadi pasukan dalam kelompok 6 pasukan utama Premier League yang tidak pernah memboloskan lebih dari 3 gol dalam satu-satu perlawanan liga!

Rekod cemerlang Tottenham Hotspur itu kemudiannya diikuti Manchester United dengan hanya 2 kali sahaja bolos 3 gol dalam satu-satu perlawanan liga dan diikuti Chelsea dan Manchester City yang masing-masing dengan 3 kali.

Sekali lagi, Liverpool dan Arsenal ketinggalan di belakang. Liverpool mencatatkan 6 kali bolos melebihi 3 gol dalam satu-satu perlawanan dan Arsenal pula dengan 8 kali.

Liverpool & situasi bola mati

Musim ini jelas sekali Liverpool cukup terdedah kepada potensi bolos ketika situasi bola mati dan statistik tidak menipu.

Menurut statistik yang dikeluarkan, Liverpool mencatatkan 15 kali bolos dari situasi bola mati dalam saingan liga.

Ia kemudiannya diikuti Chelsea dan Tottenham Hotspur yang memboloskan 10 gol dari situasi bola mati.

Arsenal dan Manchester City mempunyai rekod yang sedikit baik apabila hanya memboloskan 9 sahaja manakala Manchester United hanya memboloskan 8 gol sahaja dari situasi tersebut.

Liverpool juga boleh dikatakan pasukan yang mempunyai barisan pertahanan yang sering leka ketika beraksi di atas padang.

Hal ini kerana, mereka telah memboloskan 10 gol hasil dari kesilapan mereka sendiri dalam saingan liga.

Jumlah tertinggi itu diikuti oleh Tottenham Hotspur dengan 8 serta Arsenal dan Manchester City dengan 6.

Chelsea pula hanya bolos 5 dari kesilapan mereka sendiri dan Manchester United hanya memboloskan 3 sahaja dari situasi itu,

Kesimpulan

Hasil dari statistik ini, Manchester United merupakan pasukan paling utuh di bahagian pertahanan mereka dalam kalangan 6 pasukan utama Premier League diikuti Tottenham Hotspur.

Kurang bolos, kurang kesilapan di kawasan sendiri merupakan tunjang kepada rekod pertahanan yang baik oleh kedua-dua pasukan ini berbanding 4 pasukan utama lain di Premier League.

Sumber:

  1. Reddit (2017): Top 6 PL Defensive Records (Since start of last season); https://www.reddit.com/r/soccer/comments/72s8ch/top_6_pl_defensive_records_since_start_of_last/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN