Man United & Chelsea Bersaing Untuk ‘Buru’ Pertahanan Kental Belanda

Manchester United dilaporkan kini dalam usaha untuk membawa masuk pemain baharu pada Januari ini dalam usaha untuk terus memperkukuhkan pasukan, serta mengatasi kelemahan mereka sebelum itu.

Menurut laporan, kelab tersebut kini bakal membuka tawaran kepada pertahanan kanan Bayer Leverkusen yang agak menyerlah ketika ini iaitu Jeremie Frimpong.

Namun perkara tersebut dilihat tidak mudah, apabila Chelsea dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan pemain tersebut ketika ini menurut laporan daripada Sport Bible.

Frimpong telah pun membuatkan ramai pemerhati bola sepak dalam saingan Bundesliga kagum musim ini setelah aksi beliau sangat konsisten bersama kelab sehingga melayakkan diri beliau dipanggil skuad kebangsaan Belanda.

Pemain berusia 21 tahun itu memulakan karier beliau bersama Manchester City sebelum berkembang dalam dunia bola sepak profesional untuk menyertai Celtic.

Bersama Celtic, aksinya mula menjadi tumpuan beberapa pasukan lain di Eropah dan Frimpong telah pun menyertai Leverkusen pada tahun lalu.

Menurut wartawan sukan terkenal iaitu Fabrizio Romano, beliau mengesahkan United sudah pun menghantar wakil pemantau mereka untuk melihat lebih dekat aksi Frimpong setakat ini.

Selain itu, wartawan Sky Sports iaitu Florian Plettenburg juga menyatakan wakil pemantau United hadir menyaksikan kelibat Frimpong ketika perlawanan membabitkan Leverkusen menentang Wolfsburg.

Tambah Plettenburg, pengurus kelab tersebut iaitu Erik ten Hag telah menyatakan beliau mahu seorang pertahanan kanan dengan kebolehan sangat tinggi untuk dibawa masuk menyertai United.

Pada masa sama, Frimpong sebenarnya mengakui beliau sangat berminat akan Chelsea kerana faktor Didier Drogba pada suatu ketika.

“Sebenarnya saya sangat meminati Chelsea. Ketika usia masih kecil, saya sering menyaksikan perlawanan melibatkan kelab tersebut bersama pakcik saya,” jelas Frimpong.

Musim ini menyaksikan ten Hag lebih banyak menggunakan khidmat Diogo Dalot sebagai pertahanan kanan pilihan berbanding Aaron Wan-Bissaka.

Ketika ini, Bissaka juga dikatakan sudah terkait untuk kembali beraksi bersama Crystal Palace pada musim panas ini, setelah kuranv memberi impak bersama sistem permainan dikehendaki ten Hag.

Bersama Dalot yang ketika ini berada dalam prestasi memuncak selaku pertahanan kanan United, persaingan sengit di posisi tersebut mungkin diperlukan dalam memberi lebih banyak pilihan buat pengendali dari Belanda itu.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN