Kenapa Negeri Sembilan Perlu Waspada Untuk Aksi Di Paroi?

Negeri Sembilan menjadi salah satu pasukan yang bermula dengan langkah kanan dalam saingan Piala Malaysia, apabila kelab tersebut berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) di Alor Setar.

Kemenangan 2-1 yang dilakar itu berjaya menjadikan Negeri Sembilan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk melangkah ke pusingan seterusnya, berdasarkan corak permainan ditampilkan sebelum itu.

Walaupun begitu, pasukan tersebut enggan memandang mudah cabaran seterusnya dalam aksi di Paroi untuk berdepan KDA walaupun mempunyai kelebihan jaringan.

Ini kerana, pasukan itu sedar tugas lebih getir bakal diharungi mereka dalam usaha untuk mempertahankan kelebihan tersebut, serta mengelakkan kebangkitan cuba dicipta oleh anak-anak buag Victor Andrag.

Aksi seterusnya bakal berlangsung pada Selasa ini untuk menjadi penentu sebenar buat kedua pasukan tersebut bagi mengetahui siapa lebih layak untuk mara ke pusingan seterusnya.

Menurut Nasrullah Hanif Johan selaku penolong ketua pasukan, beliau menuntut agar rakan pemain tampil lebih berwaspada akan kebangkitan cuba dicipta oleh KDA.

Jelas pertahanan tersebut, kelebihan satu gol yang mereka peroleh sebelum itu tidak mampu menjamin pasukan untuk tenang dan usaha keras perlu dipertingkatkan lagi jika ingin menyekat siri kebangkitan lawan.

“Kami tidak boleh ambil mudah hanya kerana sudah memiliki kelebihan jaringan, sebaliknya perlu meneruskan persembahan terbaik dan memastikan kemenangan dicapai pada aksi kedua ini.

“Kelebihan yang ada perlu kami digunakan sebaik mungkin untuk membawa pasukan melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia.

“Saya dapat menjangkakan tugas kami kali ini berbeza kerana Kedah sudah pasti memberikan tentangan habis-habisan, namun yakin rakan-rakan dalam pasukan tidak akan mensia-siakan peluang yang dimiliki untuk membawa pasukan ke pusingan seterusnya,” kata Nasrullah menerusi Berita Harian.

Pada perlawanan lalu, nama Nasrullah tidak tersenarai dalam pasukan setelah sebelum itu beliau menjalani hukuman penggantungan.

Dijangka, pemain itu bakal kembali disenaraikan oleh K. Devan untuk aksi kali kedua bertemu KDA di paroi, kerana Nasrullah menjadi antara tonggak penting pasukan musim ini.

Pada masa sama, beliau percaya Negeri Sembilan mampu untuk sekali lagi mengatasi KDA berdasarkan rekod positif mereka sebelum ini dalam saingan Liga Super.

“Memang rekod pertemuan dengan Kedah dalam Liga Super di Paroi, memihak kepada kita, tapi kami perlu berwaspada kerana cabaran dalam Piala Malaysia jelas berbeza dengan setiap pasukan bekerja lebih keras untuk mendapatkan kemenangan.

“Namun, saya yakin dengan persiapan pasukan dan apa yang penting, pemain perlu berusaha menterjemahkan perancangan jurulatih dengan sebaiknya pada pertembungan itu nanti dan seterusnya merealisasikan kemenangan,” katanya.

Menurut rekod, pasukan tersebut pernah menjuarai saingan Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2011.

Musim ini Negeri Sembilan dilihat mampu untuk mengulangi sejarah lalu berdasarkan kekuatan semasa pasukan tersebut yang berjaya mencipta beberapa kejutan dalam saingan liga.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN