Man. United Berhadapan Tindakan UEFA Kerana Penyokong Baling Botol Minuman Ke Arah Di Maria

Manchester United bakal dikenakan tindakan oleh Uefa kerana kelakukan penyokong mereka yang bertindak membaling botol ke dalam padang.

Dalam perlawanan peringkat 16 pasukan akhir UCL di Old Trafford yang lalu, botol plastik dan botol bir berwarna hijau dibaling ke arah bekas pemain Man. United – Angel Di Maria.

Jurucakap UEFA menyatakan, jawatankuasa disiplin mereka sedang meneliti untuk mengambil tindakan ke atas Man. United kerana penyokong membaling objek ke dalam padang. Isu itu akan dibincangkan pada 28 Februari nanti.

Angel Di Maria yang diejek oleh penyokong Man. United sepanjang perlawanan telah bertindak memprovokasi balik penyokong dalam keraian gol Presnel Kimpembe. Di Maria mengambil botol itu dan melakukan aksi seolah-olah sedang meraikan sesuatu dengan ‘meminum bir’.

Penyokong Man. United tidak memberikan sambutan istimewa kepada bekas pemain mereka itu gara-gara komen Di Maria yang menyatakan beliau bersyukur kerana meninggalkan United dan menyertai PSG untuk menjadi pemain yang sepatutnya beliau jadi.

Ketika di Old Trafford, Di Maria mendapat sokongan kuat daripada penyokong. Beliau diberikan nombor keramat – nombor 7 ketika bermain untuk Red Devils. Ketika itu penyokong United kerap mengkritik Van Gaal kerana gagal mendapatkan yang terbaik daripada Di Maria.

Namun penyokong United mulai kecewa dengan tindakan Di Maria yang mendesak untuk dijual ke PSG.

Dalam aksi Selasa lalu, PSG menang 2-0. Tanpa kelibat Neymar dan Cavani – aksi Di Maria menjadi sandaran utama PSG dalam membantu Mbapped di serangan. Di Maria mencipta 2 bantuan gol.

Selain daripada dituduh kerana kesalahan penyokong membaling objek, Man. United juga bakal disabitkan dengan kesalahan gangguang penyokong dan kelakuan yang memudaratkan.

Sebelum ini PSG juga pernah dikenakan tindakan kerana kelakuan penyokong mereka dalam aksi UCL menentang Red Star Belgrade pada Oktober.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN