Sergio Ramos Laung Amaran, Ajax Amsterdam Akan Menderita Di Santiago Bernabeu

Ramos

Sergio Ramos mengaku dirinya begitu puas selepas membantu pasukannya menewaskan Ajax Amsterdam 2-1 pada perlawanan pertama, pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Johan Cruijff Arena itu juga turut menyaksikan aksi ke-600 buat kapten Real Madrid tersebut bersama Los Blancos.

Kemenangan itu juga menjadi modal penting buat Real Madrid untuk perlawanan timbal balik di Santiago Bernabeu yang dijadualkan akan berlangsung pada, 6 Mac nanti.

Menderita di Bernabeu

Ramos mengaku, dia rakan sepasukan terpaksa bekerja keras untuk meraih keputusan tersebut, memandangkan Ajax memberi tentangan yang sengit di tempat sendiri.

Statistik menunjukkan Ajax tampil lebih dominan diawal perlawanan dengan melakukan banyak serangan berbahaya dan melepaskan percubaan mencetak gol.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – FEBRUARY 13: (L-R) Dusan Tadic of Ajax, Sergio Ramos of Real Madrid during the UEFA Champions League match between Ajax v Real Madrid at the Johan Cruijff Arena on February 13, 2019 in Amsterdam Netherlands (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Namun, Ramos percaya pertemuan seterusnya (di Bernabeu) nanti akan memberi penderitaan buat pasukan pelawat.

“Ajax bermain dengan bagus dan mereka sedang berada dalam prestasi terbaik. Mereka memberikan tekanan yang sangat tinggi dan susah untuk membiarkan kami menerima bola, jadi kami cuba bermain dengan melakukan hantaran jauh.”

“Sekarang, mereka akan ke Bernabeu dan mereka akan menderita di depan penyokong kami.” kata Ramos.

Tanpa Ramos

Bagaimanapun, pertahanan Sepanyol itu tidak akan terlibat dalam perlawanan tersebut. Ini kerana, beliau telah mengumpul layangan kad kuning ketiga untuk kejuaraan ini. 

AMSTERDAM, NETHERLANDS – FEBRUARY 13: (L-R) Kasper Dolberg of Ajax, Sergio Ramos of Real Madrid during the UEFA Champions League match between Ajax v Real Madrid at the Johan Cruijff Arena on February 13, 2019 in Amsterdam Netherlands (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Ramos pasti kecewa kerana tidak berpeluang untuk bersama rakan sepasukannya menghadapi Ajax selepas ini.

Hasrat beliau untuk melihat Ajax menderita hanyalah sekadar melalui bangku penonton bukan turun sebagai pemain.

Kehilangan Ramos tentu memberi sedikit kesan buat benteng pertahanan pasukan menjelang pertembungan tersebut.

Pemain muda, Jesus Vallejo dijangka akan mengisi kekosongan Ramos untuk berganding dengan Nacho Fernandez di bahagian pertahanan tengah untuk perlawanan bertemu Ajax nanti.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN