Man City Terus Kempunan, Gol Tunggal Havertz Pastikan Chelsea Julang UCL

Chelsea Manchester City UCL

Hasrat Pep Guardiola untuk menghadiahkan kejuaraan sulung Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat Manchester City musnah selepas tumpas 1-0 kepada Chelsea dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Estadio do Dragao, Porto.

Jaringan Kai Havertz pada penghujung separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Thomas Tuchel tersebut muncul juara pada edisi 2020/21 yang juga merupakan kejuaraan UCL kedua buat Chelsea.

Penyerang muda Jerman itu akhirnya dapat membayar semula nilai bayaran tinggi pembeliannya pada musim panas tahun lepas dengan gol penting hasil hantaran Mason Mount sebelum melepasi penjaga gol City Ederson dan merembat masuk bola ke dalam gawang yang sudah kosong.

City selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan pasukan pilihan untuk perlawanan ini, namun percaturan Guardiola untuk meletakkan Fernandinho dan Rodri di bangku simpanan.

Keputusan untuk menumpukan lebih ramai pemain di bahagian serangan ternyata memakan diri setelah pasukan itu bergelut untuk menguasai bahagian tengah.

City juga memperolah peluang untuk membuat jaringan sebelum gol Havertz, namun percubaan Phil Foden berjaya dihalang oleh Antonio Rudiger.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembanagan bola sepak Eropah:

Haaland Naik Berat Sejak Sertai Dortmund, Tetapi Larian Semakin Laju

Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Juventus

Akibat Tekanan, Koeman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Serangan Anxiety

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN