Manchester City ketika ini sedang berbelanja sakan untuk memantapkan pasukan mereka.
Secara tiba-tiba, penulis merasakan situasi Manchester City ini sama seperti gelagat orang kita ketika persiapan menyambut Aidilftiri – berbelanja sakan.
Selepas mendapatkan Benjamin Mendy dan juga Bernardo Silva dari AS Monaco, Manchester City dalam misi mendapatkan pemain penyerang kelab itu iaitu Kylian Mbappe.
Mbappe telah menjadi buruan pelbagai kelab di Eropah.
Manchester City dikatakan telah bersedia memecahkan rekod perpindahan dunia selepas sumber mengatakan kelab tersebut sudah mula berhubung dengan AS Monaco untuk mendapatkan pemain tersebut.
Selain itu, Manchester City telah menekan AS Monaco agar urusan perpindahan ini berjaya diselesaikan dengan segara.
Hal ini kerana pastinya kerana mereka tidak mahu Real Madrid berjaya mendapatkan pemain itu.
Namun begitu, Real Madrid dikatakan mengalami sedikit masalah dalam usaha mendapatkan penyerang muda itu.
Hal ini kerana, mereka perlu menjual Gareth Bale terlebih dahulu dengan Manchester United merupakan destinasi berkemungkinan besar pemain Wales itu akan tuju.
Jadi siapakah akan berjaya dapatkan Mbappe? Atau Mbappe akan memilih untuk kekal di AS Monaco?
Sumber:
- Goal (2017): Man City prepare world-record bid for Mbappe; http://www.goal.com/en-my/news/3995/premier-league/2017/07/26/37326232/man-city-prepare-world-record-bid-for-mbappe?ICID=HP_HN_1