Walaupun sedang diancam dengan risiko digantung daripada jendela perpindahan pemaian, Manchester City akan meneruskan peracangan membelanjakan dana £200 juta pada jendela perpindahan akan datang.
Uefa kini masih dalam siasatan ke atas Manchester City selepas mereka membuka semula kes berkaitan Financial Fairplay.
Beberapa nama yang mahu dibawa masuk oleh Pep Guardiola termasuk Rodri, Luka Jovic, Matthijs De Ligt dan Houssem Aouar.
Pep Guardiola mahukan sekurang-kurangnya 4 pemain pada jendela perpindahan akan datang. Fokus utama beliau adalah menguatkan bahagian pertahanan dan bahagian tengah.
Pemain tengah Atletico, Rodri dilihat sebagai pengganti terbaik untuk Fernandinho yang sudah akan berusi 34 tahun tidak lama lagi.
Pengarah Sukan Man. City, Txiki Begiristain akan cuba membayar kluasa pelepasan pada Rodri yang bernilai £60 juta.
Luka Jovic, satu lagi nama yang dikehendaki mereka. Buat masa ini, Man. City dilaporkan bersedia membayar £50 juta untuk pemain tersebut yang turut menjadi sasaran Real Madrid.
Namun Frankfurt tidak akan melepaskan pemain itu jika mereka berjaya mara ke kejohanan Eropah musim hadapan.
Matthijs De Ligt dan Ben Chilwell adalah 2 nama di pertahanan yang dikaitkan dengan Manchester City. Daily Mail melaporkan ada wakil Man. City sudah berbincang dengan Ajax untuk mendapatkan De Ligt. Namun pemain tersebut juga dikehendaki oleh Barcelona. Ia persaingan yang agak kuat untuk City memenangi tandatangan pemain itu.
Houssem Aouar juga dalam senarai dikehendaki Pep Guardiola selepas menunjukkan prestasi luar biasa musim ini.
Beberapa nama yang disenarai untuk dijual dan dilepaskan ialah Nicolas Otamendi, Fabian Delph dan Eliaquim Mangala.