Man. City Hampiri Kejuaraan Dengan Menewaskan Spurs, Salah Terus Cemerlang Bantu Liverpool

Manchester City kini semakin hampir untuk juara EPL 2017/18 selepas kemenangan 1-3 ke atas Spurs di Wembley.

City hanya dipisahkan dengan 1 kemenangan daripada kejuaraan. Mereka juga boleh juara pada hari ini jika Manchester United tewas pada hari ini.

City menunjukkan aksi dominan menentang Tottenham Hotspur. Mereka mendahului menerusi Gabriel Jesus yang menerima hantaran daripada Kompany pada minit ke-22.

3 minit kemudian, Ilkay Gundongan menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Hugo Lloris.

Christian Eriksen merapatkan jurang gol sebelum rehat. Satu percubaan yang melantun semula ke kaki beliau dan terus menerjah gawang.

Bersambung babak kedua, Raheem Sterling mendapat beberapa peluang namun beliau hanya menjaringkan 1 gol.

Manchester City menang 1-3 dan mengakhiri rekod tanpa kalah Tottenham dalam 14 perlawanan EPL. Pasukan terakhir menewaskan mereka adalah Manchester City pada 16 Disember 2017.

Harry Kane jelas bergelut dalam perlawanan ini. Beliau gagal menjaringkan gol dalam usaha beliau bersaing untuk kasut emas. Beliau tidak melakukan sebarang percubaan ke arah gol langsung.

https://twitter.com/guba1a/status/985258628956459009

Mohamed Salah di kelas tersendiri

Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung lebih awal, Liverpool mudah menang 3-0 ke atas Bournemouth.

Sadio Mane meletakkan The Reds di hadapan pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Mohamed Salah menjaringkan gol EPL ke-30 beliau musim ini. Gol ke-3 Liverpool dijaringkan Firmino.

Mohamed Salah menjadi pemain ke-8 dalam sejarah EPL menjaringkan 30 gol semusim dan pemain pertama menjaringkan 40 gol dalam semua pertandingan untuk kelab Inggeris selepas Cristiano Ronaldo.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool menduduki tangga ke-3, 3 mata di atas Spurs. Sementara Spurs di tangga ke-4 dengan 7 mata di atas Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN