Malcom: Saya Tidak Tertekan Walaupun Sentiasa Panaskan Bangku Simpanan

Malcom

Pemain jentera serangan Barcelona, Malcom Oliveira menafikan tuduhan keatasnya yang mengatakan bahawa dirinya mengalami tekanan bersama kelab Catalan tersebut.

Malcom dibeli Barca dengan harga 41 million euros (RM194 juta) daripada Girondins Bordeaux dengan mengikat perjanjian kontrak selama lima tahun.

Namun, sejak tiba di Camp Nou, Malcom kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Ernesto Valverde. Musim ini, beliau hanya berpeluang tampil dalam 7 perlawanan La Liga, enam  darinya sebagai pemain gantian.

Valverde lebih gemar meletakkan Lionel Messi bergandingan dengan Luis Suarez dibahagian serangan dan Malcom hanya berperanan sebagai pemain sandaran.

Hal ini membuatkan peminat Barcelona khususnya, mengatakan Malcom seolah-olah sedang mengalami tekanan selepas menyertai kelab tersebut.

Sentiasa gembira

Malcom menjadi watak penting buat Barcelona mengikat Real Madrid dalam perlawanan pusingan pertama peringkat separuh akhir Piala Copa del Rey yang berlangsung awal pagi tadi.

Pemain Brazil itu mencetak gol pada minit ke-57 dan membawa pasukan mengikat perlawanan 1-1 sehingga tiupan wisel penamat.

BARCELONA, SPAIN – FEBRUARY 06: Malcom of FC Barcelona celebrates with his team mates after scoring his team’s first goal during the Copa del Semi Final first leg match between Barcelona and Real Madrid at Nou Camp on February 06, 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by Angel Martinez/Getty Images)

Malcom ketika ditemubual selepas tamat perlawanan, beliau sebagai berkata, gol tersebut menjadi bukti bahawa dirinya sentiasa berada dalam baik dan gembira di Barcelona.

Beliau turut berkata, ramai rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya, termasuk ahli keluarga dan ejennya.

“Saya selalu tenang, sama seperti saat baru tiba di Barca. Saya ada kawan yang setiasa menyokong saya. Keluarga dan ejen selalu memberikan sokongan untuk saya serta rakan sepasukan saya juga. Ramai yang sentiasa berada dibelakang saya.”

“Satu gol yang telah membantu kami untuk bangkit dan menyamakan kedudukan. Seterusnya, kami akan berangkat ke [Santiago] Bernabeu dengan membawa misi dan kepercayaan diri yang lebih tinggi lagi,” jelas Malcom.

BARCELONA, SPAIN – FEBRUARY 6: Malcom of FC Barcelona Celebrates 1-1 during the Spanish Copa del Rey match between FC Barcelona v Real Madrid at the Camp Nou on February 6, 2019 in Barcelona Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Penat

Mengulas mengenai tindakan Valverde yang mengeluarkannya pada babak kedua perlawanan, Malcom menjelaskan bahawa dirinya mengalami sedikit kepenatan.

“Saya sedikit kepenatan. Saya tidak bermain kebelakangan ini, tetapi saya lebih percaya diri. Saya akan bekerja keras untuk berkembang dan bermain lebih lagi,” kata Malcom.

Pusingan kedua Piala Copa del Rey antara Barcelona dan Real Madrid akan berlangsung pada penghujung bulan Februari di Santiago Bernabeu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN