Malaysia Terkulai Di Tangan Kuwait Dalam Perlawanan Latihan Pertama

Malaysia Kuwait

Perlawanan latihan pertama pasukan negara di Stadium 7he Sevens, Dubai menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 4-1 kepada Kuwait.

Jelas perlawanan tersebut menunjukan masih banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan oleh Tan Cheng Hoe untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dikenal pasti sebelum berdepan dengan ujian sebenar nanti.

Kesebelasan utama pasukan menyaksikan Cheng Hoe menurunkan penjaga gol berpengalaman Farizal Marlias sebagai benteng terakhir pasukan yang dibantu Aidil Zafuan, Irfan Zakaria, Rizal Ghazali dan Corbin Ong.

Di hahagian tengah pula dibarisi oleh Brendan Gan, Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Azih, sementara Guilherme de Paula diberi kepercayaan untuk mengetuai serangan sambil diapit Akhyar Rashid dan Mohamadou Sumareh.

Malaysia terlebih dahulu mengancam kubu lawan dengan percubaan Akhyar seawal minit ketiga, namun rembatan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melewati palang gol.

Lima minit kemudian giliran Kuwait pula menguji gawang Malaysia menerusi percubaan bahaya dalam kotak penalti, tetapi berjaya ditepis keluar oleh Farizal.

Akhyar sekali lagi memperoleh peluang untuk meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-17 setelah menerima hantaran Sumareh dari sebelah kanan, namun dihadang oleh pemain pertahanan lawan.

Empat minit selepas itu Kuwait lebih garang untuk menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi rembatan deras kaki kiri Ahmad Aldhefeery dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh Farizal.

Tetapi gol pendahuluan tersebut sama sekali tidak menjatuhkan moral pemain negara yang tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Guilherme de Paula pada minit ke-28 dengan menyudahkan hantaran Corbin Ong dari sebelah kiri.

Akhyar Rashid jelas mencuri tumpuan dalam perlawanan ini apabila satu lagi percubaannya pada minit ke-38 hampir menerjah jaring sebelum ditepis keluar penjaga gol Kuwait.

Untuk separuh masa kedua, Cheng Hoe membuat sembilan pertukaran dengan hanya De Paula dan Syamer sahaja yang dikekalkan dalam kesebelasan utama, sementara Kuwait hanya melakukan satu pertukaran.

Hanya tiga minit selepas aksi di babak kedua bermula, Luqman Hakim yang diturunkan buat kali pertama bersama skuad senior tidak menunggu lama untuk membuktikan keupayaannya dengan membuat rembatan deras dari sebelah kiri yang ditepis keluar penjaga gol Kuwait.

Seorang lagi pemain muda Arif Aiman turut mencuri tumpuan dengan membuat hantaran cantik kepada Syafiq Ahmad dari sebelah kanan, namun percubaannya ditepis keluar penjaga gol.

Namun hanya seminit selepas itu, gawang Malaysia bocor buat kali kedua setelah tandukan Fahad Alhajeri hasil hantaran Eid Alrashidi dari sebelah kanan gagal diselamatkan panjaga gol gantian Khairulazhan Khalid.

Kuwait terus mengganas dengan gol ketiga pada minit ke-61 setelah penyerangnya Shabaib Alkhaldi menyudahkan hantaran Eid Rashidi dari sebelah kanan untuk meletakkan pasukannya mendahului 3-1.

Tujuh minit kemudian, Kuwait terus selesa dengan gol keempat menerusi rembatan deras dari sepakan percuma kapten Fahad al-Alabraim.

Kedua-dua pasukan terus melakukan pertukaran pemain dan kesudahan perlawanan memihak kepada Kuwait dengan keputusa akhir 4-1.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:

‘Jangan Banyak Main Media Sosial’ – Cheng Hoe Tak Mahu Pemain ‘Koyak’ Dengan Komen Negatif

‘Rantai’ Ali Mabkhout Dulu, Baru Fikir Pemain Naturalisasi UAE

Dilantik Buat Kali Ke-2, Van Marwijk Dakwa Tahu Untuk ‘Counter’ Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN