Malaysia Mudah Atasi Kemboja, Tuck & Wilkin Jaring Gol Sulung Bersama Harimau Malaya

Malaysia

Malaysia tiada masalah untuk menundukkan Kemboja 4-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.

Meskipun menurunkan beberapa pemain baharu namum Malaysia tetap mempamerkan permainan menyerang.

Di awal permainan, anak-anak buah Kim Pan-gon sudah memberi amaran awal dengan beberapa percubaan membahayakan pintu gol Kemboja.

Bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan buat tuan rumah untuk menguasai permainan.

Setelah beberapa kali melakukan gerakan cantik dari Faisal Halim akhirnya ia membuahkan hasil apabila beliau meledak jaringan pertama pada minit ke-11.

Skuad bimbingan Ryu Hirose cuba melakukan gerakan untuk mendapatkan jaringan tetapi barisan pertahanan Malaysia mudah mematahkan serangan mereka.

Malaysia banyak menggunakan gerakan dari sebelah kiri terutama menerusi Faisal untuk mengerakkan bahagian serangan.

Darren Lok mempunyai peluang terbaik namun percubaan lemah dari luar kotak memudahkan penjaga gol Kemboja – Choun Chanchav.

Selang beberapa minit kemudian, Lee Tuck menceriakan penonton di stadium dengan jaringan kedua pada minit ke-36.

Gol itu juga merupakan gol peribadi pertama beliau bersama Harimau Malaya.

Malaysia hampir mendapatkan gol ketiga namun tolakan Faisal agak lemah menyukarkan Lok untuk  menolak masuk bola tersebut.

Tetapi tidak lama selepas itu, Faisal sekali lagi mencuri tumpuan apabila satu lorongan cantik dan beliau tidak mensia-siakan untuk jaringan ketiga Harimau Malaya sebelum tamat separuh masa pertama.

Kemboja mempunyai dua peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan pertama mereka tetapi percubaan tersebut mudah ditangkap oleh penjaga gol Malaysia – Kamalullah Al-Hafiz.

Beberapa pertukaran pemain dari pasukan pelawat juga nampak perubahan positif apabila mereka dapat melakukan gerakan berbahaya ke kubu Harimau Malaya.

Sieng Chanthea hampir menewaskan Kamalullah menerusi satu lencongan tetapi sedikit tersasar.

Giliran Malaysia pula menguji penjaga gol lawan melalui sepakan percuma menerusi Safawi Rasid namun juga terkeluar di sebelah kiri gol.

Jaringan dicari di separuh masa kedua akhirnya menjelma selepas percubaan Safawi gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol dan Stuart Wilkin mengambil kesempatan tersebut untuk jaringan keempat.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan meskipun terdapat beberapa peluang terutama dari Kemboja.

Keputusan akhir, Malaysia 4-0 Kemboja.

Kredit gambar: Syamil Rosli – Aremil Works

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN