VIDEO: Ultras Malaya Nyanyi Lagu Selamat Pengatin Baru Buat Safawi Rasid

Seperti yang kita tahu, Ultras Malaya UM’07 terkenal sebagai gerakan ultras yang sering bersama-sama skuad Malaysia ke mana saja mereka pergi.

Tidak kira sejauh mana, sama ada dalam perlawanan kompetitif atau persahabatan, UM’07 akan sentiasa bersama-sama Harimau Malaya untuk mendukung perjuangan mereka di atas padang.

Dan ini tidak terkecuali untuk perlawanan persahabatan menentang Kemboja menjelang Piala AFF 2022, UM’07 bersama-sama Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan.

Sokongan padu mereka dibalas dengan empat gol menerusi jaringan berganda Faisal Halim serta dari Lee Tuck dan Stuart Wilkin untuk menghasilkan kemenangan 4-0.

Malaysia Mudah Atasi Kemboja, Tuck & Wilkin Jaring Gol Sulung Bersama Harimau Malaya

Tamat perlawanan, UM’07 kemudiannya bersorak girang di hadapan para pemain Malaysia yang hadir ke mereka untuk mengucapkan terima kasih.

Tetapi kali ini sesuatu yang istimewa diberikan oleh UM’07 kepada pasukan terutamanya Safawi Rasid.

Mereka melakukan chant lagu Selamat Pengantin Baru dendangan Anita Sarawak buat Safawi yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Safawi, menikahi Syifa Melvin yang merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin pada 28 November 2022 – serentak dengan hari perlawanan persahabatan antara Johor Darul Ta’zim dengan Borussia Dortmund.

Anda boleh saksikan video sorakan UM’07 yang ditujukan khas buat Safawi dengan menontonnya di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN