Jika proses undian dilakukan ketika ini, Malaysia masih kekal bermula di pusingan 1 sebagaimana pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang lalu walaupun berlaku pertambahan slot untuk ke Piala Dunia 2026 nanti.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mendapat 8+1 slot untuk ke Piala 2026 yang bakal dianjurkan oleh tiga negara – Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Jika dilihat, Malaysia mampu untuk melayakkan diri kali ini.
Maksimum sembilan slot untuk zon Asia adalah yang ketiga terbesar selepas Eropah dengan 16 tempat ditawarkan diikuti Afrika dengan 9+1 tempat. Ia selari dengan peningkatan pasukan terlibat dalam pusingan akhir untuk saingan bola sepak terbesar di dunia itu bagi edisi ke-23 dengan 48 pasukan dijangka terlibat.
Pada ketika ini, hanya 32 pasukan terlibat dalam pusingan akhir Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar.
FIFA World Cup 2022 Group Stage: All 32 Qualified teams pic.twitter.com/zmQ1tcPukD
— Isaac Waihenya (@IsaacWaihenya) July 5, 2022
Kedudukan ranking Malaysia masih menyulitkan
Di AFC, berdasarkan kemaskini ranking terakhir yang dibuat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Jun, Malaysia berada di kedudukan ke-26 walaupun berlaku peningkatan mendadak ranking pada ketika itu.
Malaysia merupakan antara salah satu dari empat pasukan yang telah mencatatkan rekod yang menakjubkan dengan skuad kendalian Kim Pan-gon itu berjaya mendaki tujuh anak tangga lebih baik berbanding sebelum ini.
Kemenangan bertemu Brunei, Hong Kong, Turkmenistan dan Bangladesh berjaya membantu skuad Harimau Malaya untuk memperbaiki ranking disamping berjaya melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2023 tempohari.
Double digit moves as Kazakhstan and Cuba fly up the #FIFARanking! 🇰🇿🇨🇺🚀 pic.twitter.com/RVSYWt1mbd
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 23, 2022
Mengapa kedudukan ke-26 itu masih tidak cukup untuk Malaysia memulakan kempen kelayakan di pusingan 2 sekurang-kurangnya? Ini kerana, kedudukan itu berada di sempadan penentuan antara pusingan 1 dan 2.
Jika terus kekal di kedudukan tersebut, Malaysia masih kekal bermula di pusingan 1 kelayakan Piala Dunia.
Sejak pusingan kelayakan Piala Dunia 1974, Malaysia bermula di pusingan 1 kecuali pada dua edisi iaitu 2006 dan 2018. Begitupun, hanya setakat itulah perjalanan perjuangan skuad negara dalam kempen kelayakan.
Kim Pan-gon perlukan perlawanan berkualiti
Penuhkan slot perlawanan antarabangsa dengan pasukan-pasukan yang berkualiti adalah cara untuk Malaysia meneruskan pendakian carta ranking. Peningkatan menakjubkan tempohari dibantu aksi kelayakan Piala Asia yang menawarkan mata lebih baik berbanding perlawanan persahabatan. Malaysia melaluinya dengan baik.
Oleh itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari lawan yang lebih berkualiti berbanding beberapa pasukan ‘kesukaan’ mereka antaranya Sri Lanka, Bangladesh dan Indonesia. Mungkin Kim boleh bantu mencari lawan yang dilihat boleh membantu Malaysia meneruskan prestasi baik dalam tahun ini sekurang-kurangnya.
“Malaysia akan lalui dua perlawanan persahabatan pada September. Lawan kita bukan lagi Laos dan lain-lain. Kita akan cari lawan yang lagi tinggi ranking” – Presiden FAM
— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) June 14, 2022
Menurut perkongsian salah seorang Ahli Eksekutif FAM, Christopher Raj di akaun Twitternya, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dipetik berkata pada Jun, Harimau Malaya akan melalui dua aksi persahabatan September depan sebagai persediaan ke Piala Asia. Dan lawannya bukan lagi pasukan biasa tetapi lebih kuat.
“Pasukan ini akan terus dipersiapkan untuk Piala Asia yang akan berlangsung samada 2023 atau 2024. Malaysia akan lalui dua perlawanan persahabatan pada September. Lawan kita bukan lagi Laos dan lain-lain. Kita akan cari lawan yang lagi tinggi ranking.”
Malaysia perlu sasar keluar daripada kedudukan ke-26 Asia
Sasaran ini penting dalam membantu Malaysia untuk sekurang-kurangnya bermula di pusingan 2 seperti di pusingan kelayakan edisi 2006 dan 2018. Malaysia perlu bersama 25 pasukan lain yang bermula di pusingan 2.
Berdasarkan perubahan jumlah pasukan yang ditawarkan slot ke Piala Dunia 2026, AFC turut mengubah format pusingan kelayakannya. Dengan lapan slot automatik dan satu slot tambahan melalui perlawanan play-off, ia adalah peningkatan lebih separuh daripada slot sedia ada yang ditawarkan oleh FIFA sebelum-sebelum ini.
Berdasarkan format terkini yang diumumkan, 22 pasukan yang berada di dalam senarai ranking 26 sehingga 47 Asia akan bertanding antara satu sama lain secara kalah mati untuk menentukan 11 pasukan yang akan mara ke pusingan 2 kelayakan. Perlawanan-perlawanan tersebut akan diadakan menggunakan format timbal balik.
25 pasukan terbaik Asia akan menanti 11 pemenang daripada pusingan 1 kelayakan di pusingan 2. 36 pasukan ini akan dipecahkan kepada sembilan kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat pasukan. Juara dan naib juara akan mara ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia serta sah mara ke Piala Asia 2027.
Mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan ada enam pasukan dan bertanding dalam format ’round robin’ (Home & Away). Dua pasukan teratas (enam pasukan) akan automatik layak ke Piala Dunia 2026. Pasukan tempat ketiga dan keempat (6 pasukan) akan seterusnya diundi pula dalam dua kumpulan.
Mereka akan bertanding dalam format single round robin (Tiada timbal balik). Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026. Manakala tempat kedua dalam kumpulan akan mara ke satu lagi pusingan play-off untuk menentukan wakil Asia di perlawanan play-off antara benua.
Namun, dengan pertambahan slot untuk layak ke Piala Dunia 2026, Malaysia juga berpeluang untuk bersaing.