Malaysia Mahu Uji Nepal Sebelum Ke Pentas Kelayakan Piala Dunia 2026

Malaysia tampaknya tidak akan berdiam diri tanpa sebarang perlawanan ujian sebelum mereka mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bagi peringkat Kumpulan D.

Terdahulu, persiapan skuad kebangsaan dipersoalkan para peminat menerusi media sosial yang menganggap kem Harimau Malaya seolah tidak begitu serius untuk menghadapi Oman bagi perlawanan ketiga peringkat Kumpulan D untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Apa tidaknya, Malaysia kini di landasan cukup baik untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan melalui dua kemenangan telah diperoleh sebelum itu.

Berada di Kumpulan D, Malaysia berjaya berada di tangga teratas apabila memperoleh kemenangan sulung 4–3 mengatasi Kyrgyzstan serta 1-0 sewaktu berdepan Taiwan dan mendapat enam mata maksimum.

Untuk aksi seterusnya, harapan tinggi diletakkan oleh para penyokong untuk Malaysia meneruskan momentum positif mereka berdepan Oman yang akan berlangsung tidak lama lagi di gelanggang lawan.

Menyedari misi penting itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah mengatur satu aksi persahabatan yang akan diadakan secara tertutup pada 15 Mac ini di Lembah Klang.

Ianya disahkan sendiri melalui pengendali utama skuad Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon dengan menyatakan aksi tersebut bakal diadakan sebelum mereka berlepas ke Oman untuk saingan ketiga.

“Kami akan mengharungi satu aksi persahabatan pada 15 Mac menentang Nepal. Ia perlawanan tertutup sebelum kita terbang ke Oman dan menjadi salah satu perancangan pasukan,” kata Kim menerusi perkongsian dibuat oleh Berita Harian.

Sehingga kini, Malaysia dilihat berada dalam satu risiko cukup tinggi untuk beraksi menentang Oman kerana para pemain masing-masing tidak mengharungi sebarang perlawanan kompetitif selepas saingan Piala Asia 2023 di Qatar lalu tamat.

Malah, kebanyakan daripada tonggak Harimau Malaya hanya menjalani sesi latihan bersama kelab masing-masing sahaja untuk cuba mengekalkan stamina selepas saingan liga bakal bermula beberapa bulan sahaja lagi.

Malaysia bakal beraksi menentang Oman pada 22 Mac di Muscat sebelum sekali lagi menentang pasukan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) beberapa hari kemudian.

Untuk aksi ini, Kim mengekalkan hampir semua pemain yang beraksi di saingan Piala Asia 2023 lalu, sambil beberapa pemain muda turut dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat yang sudah pun berlangsung.

Beberapa nama pemain muda yang mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Nooa Laine, Safwan Mazlan, Haqimi Azim Rosli, Aliff Izwan, serta beberapa lagi tonggak lain sudah pun mengharungi aksi latihan pertama.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN