Isu Sorakan “Malaysia Itu Anjing”: FAM Hantar Bantahan Kepada AFF & AFC

Stuart Ramalingam

Akhirnya, satu tindakan telah pun dilakukan!

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah pun menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dan juga pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai satu sorakan berbaur penghinaan yang diterima skuad kebangsaan di Indonesia.

Skuad B-16 negara menerima sorakan berbunyi, “Malaysia itu anjing” dan juga “Amirul itu anjing” oleh penyokong Indonesia dalam perlawanan menentang Thailand dalam aksi Piala AFF B-16 semalam.

Sorakan itu muncul selepas penyokong Indonesia berang dengan kesilapan pemain negara, Amirul Ashrafiq Hanifah yang termuat naik bendera Poland dan bukannya Indonesia dalam Instagram Story beliau.

Menerusi laman Facebook FAM, Setiausaha Agung FAM iaitu Stuart Ramalingam memberi isyarat yang tindakan lebih drastik akan diambil sekiranya bantahan itu dipandang enteng sahaja.

“Jika tuan rumah memandang ringan isu ini, FAM tak teragak-agak akan mengambil tindakan drastik selepas ini.”

FAM juga akan menghantar pegawai tinggi mereka ke Indonesia untuk memantau kawalan keselamatan yang diberikan kepada skuad negara.

ACP Md Dali Wahid yang merupakan pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Exco FAM akan terbang ke Indonesia untuk menilai kawalan keselamatan yang dilakukan oleh penganjur dan juga tuan rumah.

Stuart berasakan tindakan denda harus dikenakan kepada Indonesia kerana sebelum ini Malaysia pernah didenda kerana sorakan yang hampir serupa pada Sukan SEA 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN