“Malaysia Dah Merdeka, Namun Bola Sepak Malaysia Masih Dijajah” – Kenny Pallraj Tak Puas Hati Kad Merah Lawan JDT?

“Malaysia dah merdeka, namun bola sepak Malaysia masih dijajah.” Demikianlah antara perkongsian terbaru pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj di IG Story beliau sebentar tadi.

Tidak dapat dipastikan apakah maksud sebenar mesej yang mahu disampaikan oleh pemain pertahanan berusia 28 tahun itu melalui perkongsian tersebut.

Sumber: IG Story Kenny Pallraj.

Namun ia mungkin berkaitan dengan layangan kad merah yang diperolehi oleh beliau dalam perlawanan menentang JDT di Stadium Bola Sepak Cheras pada malam tadi.

Dalam perlawanan Liga Super yang berkesudahan dengan kemenangan 3-0 kepada pasukan pelawat itu, Kenny dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Razlan Jofri pada minit ke-56 perlawanan, pada ketika kedudukan masih lagi 1-0 memihak kepada JDT.

Layangan kad merah tersebut diberikan kepada Kenny selepas beliau didakwa menyiku kepala Leandro Velasquez dari arah belakang.

Beraksi 10 orang selepas itu menyaksikan KL City FC hilang segala daya untuk mempertahankan kubu mereka sehingga gawang mereka dibocori dua kali pada 10 minit terakhir perlawanan.

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak pula enggan memberikan komen terhadap prestasi pengadil ketika ditanya oleh wartawan di dalam sidang media selepas perlawanan.

“Saya tak mahu komen [mengenai perlawanan] sebab saya akan bercakap mengenai pengadil.

“Kalau saya tidak bercakap mengenai pengadil, maka tiada apa yang perlu diperkatakan. [Tetapi] Saya tidak boleh cakap mengenai pengadil kerana saya akan didenda nanti.

“Boleh saya tanya anda semua [wartawan], apa detik penting pada perlawanan tadi [malam tadi]? Kami tidak gembira dengan pengadil dan akan menghantar klip kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN