Malaysia berjaya memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong pada siri pershabatan Tier 1 bulan ini, selepas merekodkan keputusan seri untuk kali kedua di Chengdu, dengan terikat seri 1-1 bersama China.
Lebih menarik, Malaysia berjaya mencipta kejutan terdahulu menerusi ledakan daripada Faisal Halim untuk berada di hadapan sebelum ianya disamakan kembali oleh tuan rumah hasil jaringan Lin Liangming dalam aksi yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China.
Separuh Masa
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Sabtu, 9 September 2023
CHINA 🇨🇳 1-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Lin Liangming 36'
⚽️ Faisal Halim 11' #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/AwpJbrxf8g— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2023
Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan awal pada minit kedua perlawanan menerusi penyerang berbisa iaitu Darren Lok, sebelum ianya dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan ‘offside’.
China jelas lebih menguasai permainan pada lima minit awal perlawanan bermula dengan hantaran-hantaran jauh tepat dilakukan untuk memerangkap barisan pertahanan negara.
Pasukan tuan rumah hampir membuka jaringan sulung pada minit keenam selepas ada hantaran lintang berbahaya dilakukan mereka sebelum pertahanan Malaysia menyelamatkan keadaan seketika.
Malaysia akhirnya membuka jaringan mereka pada minit ke-10 hasil ledaka. bintang sensasi negara iaitu Faisal Halim selepas menerima hantaran cantik daripada Akhyar Rashid menerusi situasi serangan balas pantas.
Matt Davies hampir menambah gol kedua buat Malaysia pada minit ke-13 menerusi satu percubaan ‘volley’ hasil kesilapan pertahanan tuan rumah yang gagal mengeluarkan bola dengan lebih jauh, sebelum percubaan tersebut sedikit tersasar keluar.
Menerusi situasi sepakan sudut pada minit ke-19 yang diambil oleh Matt Davies, Malaysia sekali lagi mempunyai peluang mencipta jaringan, sebelum tandukan Dion Cools tersasar sedikit dari gawang gol lawan.
Memasuki 20 minit perlawanan, Harimau Malaya berjaya mengimbangi kekuatan lawan dengan cukup baik, khususnya disiplin pertahanan mereka yang mampu menyerap segala asakan dicipta oleh China.
Malaysia akhirnya dibolosi juga pada minit ke-36 selepas rembatan kencang dilepaskan oleh penyerang China, Lin Liangming gagal untuk diselamatkan oleh Ahmad Syihan Hazmi bagi menyelamatkan keadaan gawang gol Malaysia.
China terus memberi rasa gerun buat pertahanan Malaysia menerusi gerakan-gerakan pantas serta kreatif untuk memburu jaringan kedua mereka di laman sendiri bahi mengatasi Harimau Malaya.
Faisal Halim melepaskan peluang untuk mendapatkan gol kedua buat Malaysia, selepas gerakan cantik dicipta mereka berjaya menembusi benteng pertahanan tuan rumah sebelum percubaan dilepaskan sedikit tersasar pada minit ke-47.
China terus meningkatkan asakan mereka dalam usaha untuk mendapatkan gol pendahuluan menerusi siri-siri serangan balas pantas dicipta serta sesekali berjaya menguji ketangkasan Ahmad Syihan Hazmi.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Sabtu, 9 September 2023
⚽ CHINA 🇨🇳 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕢 7:35 malam ini
🏟 Stadium Phoenix Hill, Chengdu, Chinaℹ️ Tiada dalam senarai: Shahrul Saad & Quentin Cheng#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/JXGgTyUB4N
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2023
Memasuki minit-minit akhir permainan, kedua pasukan masih lagu buntu untuk mendapatkan gol ketiga perlawanan walaupun masing-masing mempunyai peluang terbuka menterjemahkannya.
Keputusan perlawanan kekal dengan kedua pasukan saling terikat seri 1-1 tanpa sebarang tambahan gol terhasil, walaupun masa tambahan sebanyak sembilan minit diberikan oleh pengadil permainan.
Kesebelasan utama
China: Yan Junling (Penjaga gol), Jiang Guangtai, Gao Zhunyi, Zhang Lingpeng, Wu Lei, Ai Kesen, Lin Liangming, Wu Xi (Kapten), Li Shuai, Li Ke, Deng Hanwen
Malaysia: Syihan Hazmi (Penjaga gol), Matthew Davies, Dominic Tan, Faisal Halim, Darren Lok, Paulo Josue, Brendan Gan, Akhyar Rashid, Endrick dos Santos, Dion Cools (Kapten), Corbin Ong