Malaysia B-23 Sebenarnya Belum Sedia Hadapi Aksi Piala Asia

Malaysia bawah 23 (B-23) boleh dikatakan tampil dengan begitu mengecewakan pada aksi sulung mereka dalam saingan Piala Asia B-23, Qatar yang berlangsung semalam ketika menghadapi Uzbekistan.

Tampil dengan kekalahan sulung 0-2 kepada lawan, sekali gus hasrat Juan Torres Garrido untuk membawa Harimau Malaya B-23 meraih sekurangnya satu pertama pada aksi sulung tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, Uzbekistan unggul menghadapi cabaran Malaysia menerusi dua gol mereka yang masing-masing beejaya diledak oleh Jasurbek Jaloliddinov serta Ulugbek Khoshimov untuk memastikan tiga mata sulung menjadi milik mereka.

Malaysia tiada jalan lain untuk aksi akan datang dengan mereka tidak boleh melepaskan sebarang mata lagi jika memiliki hasrat untuk cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Melihat kepada perlawanan tersebut, terlalu banyak kelemahan ditampilkan skuad pembangunan negara ketika berdepan lawan seolah mereka belum bersedia lagi untuk menghadapi kejohanan besar seperti Piala Asia.

Malah kualiti permainan ditampilkan Malaysia pada aksi itu juga jelas mendapat kritikan pedas dalam kalangan pengguna media sosial dengan ramai tidak berpuas hati dengan apa ditampilkan para pemain muda kebangsaan.

Berikut merupakan antara kelemahan dikesan pada skuad kebangsaan ketika mereka mencatat kekalahan 0-2 kepada Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar.

Kesilapan sendiri undang padah

Dua gol Malaysia dibolosi pada aksi tersebut jelas berpunca daripada kesilapan para pemain kebangsaan sendiri yang memberi peluang besar buat lawan untuk mendapat tiga mata sulung mereka.

Gol pertama berlaku disebabkan kelemahan Syahir Bashah melakukan bentesan keras dalam petak penalti yang dianggap tidak perlu dibuat sehingga menghadirkan jaringan awal buat Uzbekistan.

Manakala gol kedua pula berlaku disebabkan kesalahan Muhammad Abu Khalil yang cuai membuat hantaran kepada rakan sepasukan lain sehingga dirampas oleh lawan sebelum situasi serangan balas berlaku dan mencetuskan gol kedua.

Selain itu, skuad kebangsaan juga kerap melakukan kesalahan-kesalahan tidak sepatutnya sehingga beberapa kali memberi ruang buat lawan menguasai permainan dengan sangat mudah.

Asas bola sepak masih lemah

Sesuatu sangat mendukacitakan apabila asas bola sepak dalam kalangan pemain masih lagi sangat lemah dan dipamerkan dengan sangat jelas menerusi kaca televisyen pada aksi Piala Asia.

Daripada segi kawalan bola yang masih menyedihkan, sehingga kepada ketepatan hantaran juga wajar dipersoal selepas beberapa kali kelemahan itu menjadi punca kepada penguasaan lawan kembali.

Malah, para pemain Malaysia B-23 juga dilihat terlalu gugup sehingga mereka begitu mudah melepaskan penguasaan bola di kaki kepada pasukan lawan sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Tiada kreativiti cipta peluang gol

Jika dilihat pada aksi tersebut, Harimau Malaya sebenarnya memiliki beberapa peluang menarik untuk menghasilkan sekurangnya dua atau tiga jaringan.

Namun, kreativiti daripada segi hantaran terakhir kepada rakan serangan lain jelas begitu lemah sehingga ianya mudah dibaca oleh pertahanan lawan bagi menyelamatkan keadaan.

Para pemain kebangsaan begitu statik menyusun serangan dengan penglibatan setiap daripada mereka juga begitu minima di bahagian atas kerana masing-masing memfokuskan kepada pertahanan sahaja.

Melihat kepada siri kelemahan tersebut, timbul persoalan jika Malaysia sebenarnya sudah bersedia atau tidak untuk menghadapi kejohanan besar seperti Piala Asia B-23.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN