Malaysia muncul juara Kejohanan B-15 yang diadakan di Haikou City semalam.
Dalam perlawanan trakhir menentang Korea Utara semalam, anak buah P.Maniam meneruskan rentak cemerlang dari perlawanan terdahulu, apabila mencatatkan kemenangan 2-1.
Dalam perlawanan tersebut skuad negara mendahului perlawanan melalui Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-20 perlawanan.
Malaysia B-15 Juara CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019
Skuad kendalian P Maniam ini muncul juara selepas menewaskan DPR Korea 2-1, petang tadi. Terdahulu, Malaysia menewaskan Iran 2-0 dan seri 1-1 dengan China.#FAM #HarimauMalaya #MalaysiaU15 pic.twitter.com/TFhqfykGdL
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 22, 2019
Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama. Separuh masa kedua, pasukan muda negara melebarkan pendahuluan pada minit ke-57 melalui jaringan Nabil Qayyum Zainuddin.
Korea memperolehi gol tunggal dalam perlawanan ini menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Yom Chol Gong pada masa kecederaan lewat babak kedua.
Tahniah pasukan Malaysia U15 muncul juara CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019. Persiapan terbaik menjelang AFF U15 Championship 2019 di Chonburi, Thailand. pic.twitter.com/ptVeBtwCeV
— NFDP Official (@NFDPOfficial) July 22, 2019
Kemenangan 2-1 ini membenarkan Malaysia muncul juara selepas sebelum itu mengatasai Iran 2-0, sebelum mengikat tuan rumah China 1-1.
Kejohanan ini dianggap sebagai medan persiapan terbaik buat anak buah P.Maniam yang akan menyertai Kejohanan AFF B15 yang bakal diadakan di Chonburi, Thailand.