‘Malang Tiada Datang Tunggal’ – Hanya Suatu Harapan Kini Terletak Buat Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya kini boleh dikatakan berada pada tahap paling sukar sebelum mereka menghadapi aksi di pentas antarabangsa bawah era kejurulatihan Kim Pan-gon.

Apa tidaknya, Kim telah pun menghadapi pelbagai masalah yang melanda dengan segalanya bermula apabila dua pemain tonggak beliau iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid menjadi mangsa keganasan jenayah di tempat masing-masing beberapa minggu sebelum menyertai kem kebangsaan.

Hanya Akhyar kini sudah disahkan pulih serta kembali mengikuti kem kebangsaan, tatkala Faisal pula baru sahaja melepasi tahap kritikal selepas disimbah asid oleh pengkhianat negara.

Faisal yang mencipta karakter penting bawah kendalian Kim sejak beberapa tahun ini umpama sudah memberi suatu tamparan cukup besar buat jurulatih tersebut yang kehilangan khidmat pemain itu untuk suatu tempoh masa yang belum diketahui sampai bila.

Apatah lagi segalanya perlu diteruskan kerana Malaysia bakal menghadapi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D dengan misi untuk cuba melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Namun, segalanya seakan serba tidak menjadi apabila isu kecederaan menjadi musuh utama terbaharu buat Kim apabila beliau kehilangan ramai tonggak utama untuk dipertaruhkan pada aksi akan datang.

Arif Aiman dan Romel Morales antara nama yang terpaksa digugurkan dengan lebih awal kerana isu kecederaan dialami mereka bagi digantikan oleh pemain lain.

Saat segalanya dilihat kembali bersinar buat penyerang Kedah Darul Aman (Kedah), Syafiq Ahmad apabila nama beliau kembali tersenarai untuk skuad kebangsaan, segalanya kembali kelam apabila dirinya terpaksa diketepikan saat akhir kerana isu kecederaan.

Lebih merumitkan Kim kini, satu-satunya lagi penyerang berpengalaman negara iaitu Darren Lok terpaksa diketepikan dengan kini menyaksikan hanya tonggak muda Kuala Lumpur City (KL City), Haqimi Azim sahaja masih ada.

Terbaharu, giliran penjaga gol kebangsaan iaitu Ahmad Syihan Hazmi dilaporkan sah tidak bersama kem kebangsaan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan nama beliau turut mengalami isu kecederaan.

Menelusuri daripada segi persiapan pula, ia turut dilihat tidak berjalan lancar apabila FAM mengakui sukar untuk mendapatkan lawan terbaik selaku medan ujian buat Harimau Malaya atas pelbagai kekangan.

Kekangan itu memaksa setakat ini Malaysia hanya mampu mengharungi satu aksi persahabatan sahaja menentang kelab tempatan, Perak beberapa hari lalu.

Melihat kepada pelbagai isu yang melanda itu kini, tiada lain boleh boleh dilakukan kita selain hanya mampu berharap dan berdoa supaya ada keajaiban berlaku buat Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Atau, kita juga perlu berdoa supaya tiada keputusan memalukan timbul pada dua aksi tersebut sehingga ia mampu mencemarkam maruah bola sepak negara di kancah antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN