Jude Bellingham Jauh Lebih Hebat Berbanding Zidane & Iniesta?

Pertikaian ketika ini timbul di media sosial, selepas pemilik akaun, Naufal Zuhair tampil dengan memberi pandangan bintang bola sepak di Eropah kini, Jude Bellingham dibandingkan bersama legenda terdahulu, Zinedine Zidane.

Menerusi perkongsian beliau di Facebook Semuanya BOLA Group, Naufal tampil dengan 10 hujahan mengapa bintang dari England itu lebih baik berbanding Zidane ketika era kegemilangannya.

Malah, Bellingham juga turut dibandingkan bersama legenda-legenda lain seperti Kaka, bekas bintang Barcelona iaitu Andres Iniesta, Pavel Nedved, Andrea Pirlo, Mesut Ozil dan lain-lain.

Menurut Naufal, Bellingham dianggap sebagai salah satu keajaiban ajaib di dunia kerana pada pandangannya bintang Real Madrid itu merupakan pemain tengah paling lengkap pernah dilihat.

“10 sebab kenapa Jude Bellingham ni lagi power dari Zinedine Zidane, Kaka, Andres Iniesta, Pavel Nedved, Andrea Pirlo, Mesut Ozil, Antoine Griezmann & Kevin De Bruyne.

“Dia ni midfielder paling complete aku pernah tengok dan boleh diketegorikan sebagai salah satu kejadian ajaib di dunia, mantap dalam semua aspek permainan.

“Tak macam player lain, dia ada skill, vision & creativity, dia boleh adapt dalam semua position on the pitch. Kemampuan dia baca game dan buat keputusan bijak sangat dikagumi, pass accuracy dan precision dia terlalu elite,” kongsi beliau di Facebook.

Selain itu, Naufal turut memuji ketenangan dimiliki oleh Bellingham untuk mengawal tekanan di aras padang serta mampu membuat bantuan jaringan sehingga pemain itu dianggap sangat gila.

“Dia ada ketenangan and composure under pressure, first touch dia untuk control bola atau pass satu-dua memang gila. Dia boleh lakukan tackle, menang bola & menghasilkan bantuan jaringan, gila bukan?

“Tak semua player boleh buat macam tu, pass dia power, finishing dia power, dia boleh lari seluruh padang tanpa rasa letih. dia tahu macam mana nak hold bola & showing intelligence atas padang (dia punya IQ higher than Einstein).

“Dia ada ability untuk create key pass. IQ dia dalam final third memang top-notch, dia punya rainbow flick, mid-air backheel pass, ball-roll stepover, fake rabona, sombrero pass… just amazing,” ulas Naufal lagi.

Pandangan Bellingham itu telah dianggap sangat berlebihan sehingga mengundang banyak kecaman netizen dari Malaysia menerusi ruangan komen.

Walaupun begitu, ada juga turut mempertahankan Naufal kerana ia merupakan hak beliau untuk memberi pandangan tersendiri di media sosial.

Pandangan anda pula bagaimana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN