Mulai 30 Oktober hingga 7 November setiap tahun, kita akan lihat setiap jersi yang disarung oleh pemain-pemain kelab dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) akan tertera ‘poppy’ iaitu bunga popi berbentuk bulat berwarna merah darah.
Tidak hanya dalam sukan bola sepak, sebenarnya hampir setiap orang British akan mengenakan corak tersebut di pakaian, kedai, kenderaan, bangunan, pusat beli belah dan premis kerajaan.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah makna bunga popi ini kepada mereka?
Setiap tanggal 11 November, England dan beberapa negara komanwel lain akan menyambut Hari Peringatan atau disebut Remembrance Day, hari di mana seluruh masyarakat akan mengenang tentera yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama (WWI).
Ad: Premier League Official 2022 Poppy Pins
Selected teams now online and available here 🔗https://t.co/DREDdUgDyL
** 100% of profit goes to the Royal British Legion ** pic.twitter.com/4tRJ6QfPE7
— Man Savings (@man_savings) October 24, 2022
Pemilihan tarikh itu adalah bertepatan dengan hari perjanjian gencatan senjata antara pihak Sekutu (Allied) yang salah satunya adalah England dengan Jerman yang berlangsung pada 11 November 1918 di Compigne, Perancis.
Upacara penting tersebut menoktahkan Perang Dunia Pertama yang berlanjutan selama empat tahun tiga bulan dan satu minggu.
Kenapa bunga popi?
Ia berawal dari sajak berjudul “In Flanders Fields” nukilan Leftenan Kolonel John McCrae, iaitu seorang doktor tentera yang berasal dari Kanada.
Sajak tersebut ditulis pada 3 Mei 1915 ditujukan kepada rakan seperjuangannya yang gugur di medan perang di Flanders, Belgium saat Perang Dunia Pertama.
In Flanders fields the poppies blow
Between the crosses, row on row,
That mark our place; and in the sky
The larks, still bravely singing, fly
Scarce heard amid the guns below.
In Flanders fields the poppies blow
Between the crosses, row on row,
That mark our place; and in the sky
The larks, still bravely singing, fly
Scarce heard amid the guns below.
– Lieutenant-Colonel John McCrae
Girls in a Poppy Field, Edmund Montague Morris, c. 1896. pic.twitter.com/7VPcLlLsAJ— Art Gallery of Ontario (@agotoronto) November 11, 2017
Di bait awal sajak ini, McCrae memberi gambaran bagaimana bunga-bunga popi berwarna merah tumbuh antara deretan batu-batu nisan di perkuburan anggota tentera yang terkorban.
Sajak tersebut memberi inspirasi kepada Moina Michael, seorang pendidik di Georgia, Amerika Syarikat dan juga aktivis Persatuan Pemuda Kristian (YMCA) untuk mengangkat imej bunga popi sebagai simbol peringatan sehingga beliau diangkat sebagai “The Poppy Lady“.
Kontroversi Matic dan McClean
Namun demikian dalam sejarah EPL, terdapat dua orang pemain yang pernah menolak untuk mengenakan ‘Poppy’ pada jersi mereka iaitu James McClean dan Nemanja Matic.
McClean dalam kenyataannya kepda The Independent pada Oktober 2016 menjelaskan keputusannya adalah disebabkan beliau adalah kelahiran Derry, sebuah daerah di Ireland Utara yang mempunyai ‘peristiwa hitam’ diserang oleh tentera Inggeris.
Malah beliau dibesarkan di estet Creggan, iaitu tempat di mana enam daripada orang awam ditembak mati oleh tentera Bristish dalam peristiwa yang disebut Bloody Sunday pada tahun 1972.
Peristiwa berdarah itu dikenang sebagai pembunuhan beramai-beramai yang dipanggil Bogside Messacre.
14 reasons why James McClean doesn't wear a poppy #BloodySunday pic.twitter.com/Kf4SuAE3mU
— Mary (@Mc1988) October 29, 2016
Bagi McClean, pendiriannya untuk tidak memakai Poppy adalah sebagai memperingati semua pihak yang mati dalam peperangan dan bukan hanya mereka yang terbunuh dalam Perang Dunia Pertama sahaja.
“Orang kata saya bersikap biadab, tetapi mereka tak pernah tanya kenapa saya pilih untuk tidak mengenakannya,” ujar bekas pemain West Bromwich Albion itu.
“Jika Poppy melambangkan korban Perang Dunia Pertama dan Kedua semata-mata, saya tanpa ragu akan memakainya. Bahkan saya akan mengenakan sepanjang hari jika perlu.
“Tetapi ia bukan seperti itu. Simbol itu melambangkan semua konflik yang dilakukan oleh Bristih pada masa lalu, jadi saya tak boleh menerimanya.
James McClean has now donated more to the NHS than the queen and all her family. Yet all you will hear on the news is that he refuses to wear a poppy. pic.twitter.com/ALpfUWQdMT
— Ruairi McGhabainn (@ruairi_82) April 4, 2020
Namun McClean mengakui beliau tetap menghormati dan tidak menyalahkan sesiapa yang memilih untuk memakai simbol tersebut.
Bagi Matic pula, beliau sama sekali tidak akan memakai poppy kerana ia mengingatkan perkampungan beliau yang dibom ketika berusia 12 tahun.
Perkampungan Matic adalah salah satu penempatan yang dibom pada 1999 selepas Nato bertindak menghalau penempatan Serbia dari Kosovo.
“Saya memahami mengapa ramai menggunakan poppy. Saya menghormati pendirian setiap pihak yang memilih untuk berbuat demikian. Saya juga bersimpati dengan semua pihak yang kehilangan orang tersayang ketika konflik berlaku,” ujarnya.
“Namun demikian ia hanya mengingatkan saya kepada serangan yang saya alami sendiri ketika zaman kanak-kanak. Saya hanya seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang tinggal di Vrelo pada ketika itu. Negara saya dihancurkan oleh serangan bom terhadap Serbia pada 1999.
En 2018, Nemanja Matić fue motivo de polémica por no lucir el 'poppy'. Sin embargo, explicó que lo hizo porque le recordaba los bombardeos que sufrió cuando apenas tenía 12 años. pic.twitter.com/vTbeaFFiDn
— Daniel Vaca-Pereira (@dvacapereira) November 5, 2022
“Walaupun pernah memakai poppy dalam perlawanan sebelum ini, ia adalah perasaan yang berbeza selepas saya merenungkan kembali kejadian lalu, dan jika memakai poppy pada jersi saya.
“Saya bukan mahu memperlekehkan penggunaan poppy kerana ia adalah simbolik dan kebanggaan di Britain. Namun semua orang melalui keadaan yang berbeza. Ini adalah pilihan peribadi yang saya harus lakukan.
“Saya berharap semua pihak boleh memahami alasan yang saya berikan, dan setelah memberi penjelasan ini, saya hanya mahu memberikan fokus membantu pasukan saya berhadapan perlawanan seterusnya,”
Matic Perjelas Sebab Tidak Pakai Poppy Ketika Perlawanan EPL
Menurut The Royal British Legion, pilihan untuk memakai poppy harus menjadi pilihan peribadi seseorang tanpa sebarang paksaan.