‘Makin Tajam Di Hadapan Gol’- Ifedayo Wajar Kekal Bersama Kedah?

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Ifedayo Olusegun menjadi perhatian utama ketika ini dalam kalangan peminat Sang Kenari selepas beliau tampil semakin berbisa di hadapan gol.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi sebelum itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), Ifedayo ditandatangani Kedah sejak pertengahan musim ini untuk menggantikan khidmat Willian Lira selaku penyerang utama.

Seperti diketahui, karier Ifedayo boleh dianggap cukup menyerlah selepas beliau tampil sebagai penjaring terbanyak Liga Super sewaktu bersama Selangor.

Menyedari rekod cemerlang dibawa oleh Ifedayo itu, maka tidak hairan jika Kedah menandatangani beliau untuk terus memperkukuhkan aspek serangan mereka yang dianggap tumpul pada awal musim.

Hasilnya, kini Ifedayo sudah pun meledak 11 gol untuk saingan Liga Super 2023 daripada sembilan penampilan beliau bersama Kedah ketika ini dan berpeluang menambah lagi koleksi jaringan dengam berbaki lagi dua perlawanan.

Lebih menarik, penyerang dari Nigeria itu juga turut meledak empat gol pada aksi terbaharu beliau ketika pasukan tersebut berpesta jaringan menewaskan Kelantan menerusi keputusan penuh 6-1.

Walaupun statistik gol yang dihasilkan oleh Ifedayo kini cukup positif, namun impak beliau dalam permainan kadangkala dilihat jelas sedikit mendukacitakan.

Kelincahan Ifedayo kini di atas padang boleh dianggap sedikit menurun selepas faktor umur beliau kini yang semakin meningkat dan tidak lagi seperti era kegemilangannya bersama Selangor.

Daripada segi ketajaman Ifedayo masih lagi menjadi antara pemain yang sangat bagus di hadapan gol, tetapi statistik semasa juga menyaksikan pemain tersebut turut melepaskan banyak peluang.

Ianya juga dibuktikan sendiri pada aksi terbaharu Sang Kenari ketika Ifedayo melepaskan banyak deretan peluang di hadapan gol serta kedudukan beliau sering terperangkap dengan ofsaid dicipta pasukan lawan.

Adakah Ifedayo masih lagi relevan untuk dikekalkan?

Pemain ini secara keseluruhannya telah pun membuktikan beliau sebagai antara penyerang berbisa di Liga Malaysia (Liga M), menerusi jumlah jaringan beliau yang memberansangkan walaupun dibawa masuk pada pertengahan musim.

Namun, atas faktor umur beliau yang semakin meningkat dan kelincahannya di atas padang semakin menurun juga mungkin menyaksikan Kedah perlu memikirkan solusi baharu untuk aksi musim hadapan.

Pada pandangan kami, Ifedayo masih wajar untuk dikekalkan musim hadapan bersama Kedah dengan syarat pasukan tersebut juga perlu mendapatkan seorang lagi penyerang import baharu lebih berbisa serta muda untuk dijadikan sandaran utama mereka.

Menurut anda, Ifedayo patut kekal atau digantikan kepada penyerang baharu untuk saingan musim hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN