Kerinduan peminat bola sepak Terengganu kepada bekas pemain T-Team, Makan Konate akhirnya terubat selepas pemain tengah kelahiran Mali itu menjadi pelengkap kepada kuota pemain import pasukan Terengganu FC (TFC).
Kehadiran Konate turut menggembirakan penyerang Skuad Penyu itu, David da Silva kerana kedua-dua pemain pernah membentuk gandingan mantap ketika bersama pasukan negara seberang, Persebaya Surabaya sebelum ini.
Walaupun cuma sempat bersama selama semusim, namun Da Silva dalam satu temubual bersama Berita Harian mengakui kepentingan Konate yang banyak mencipta jaringan untuknya menerusi hantaran-hantaran bijak.
THE WAIT IS OVER, MK10 IS HERE! 🔥#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#WinBackMission pic.twitter.com/meKbJG9mVA
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 27, 2021
Penyerang kelahiran Brazil itu telah menjaringkan 35 gol daripada 45 penampilan sejak beraksi bersama kelab Indonesia itu bermula 2018.
“Dia seorang pemain tengah yang hebat selain berkemampuan menjaringkan gol,” kata Da Silva yang tidak sabar untuk membantu TFC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
“Selepas mendapat tahu TFC berminat mendapatkan kami berdua, saya gembira selain memasang impian untuk bergandingan sekali lagi seperti ketika mewakili kelab Persebaya Surabaya.”
Konate sebelum ini pernah mewakili T-Team selama dua musim iaitu pada 2016 dan 2017 dan membuat 21 penampilan dengan menjaringkan enam gol.
Pemain berusia 30 tahun itu akan mengikat kontrak selama setahun dan bakal menyarung jersi nombor 10 yang ditinggalkan oleh Faris Ramli.
SELAMAT DATANG MAKAN KONATE KE PASUKAN 🏳🏴
Selamat datang ke pasukan Terengganu Football Club buat MAKAN KONATE!! Pemain tengah yang berasal dari Mali ini bakal beraksi di bahagian tengah buat TFC!#TOGETHER We Bleed Black And White!#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWHite pic.twitter.com/VJYN58O6nC
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 27, 2021
Dengan memiliki teknik hantaran yang baik serta keupayaan untuk menjaringkan gol, diharapkan pemain baharu ini dapat membantu TFC mengharungi saingan liga dan Piala AFC.
Selain Konate dan Da Silva, skuad Penyu sudah pun memuktamadkan kemasukan tiga pemain import lain iaitu Petrus Shitembi, Christopher Herd dan Carli De Murga.
Kredit Foto: TFC
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai TFC:
Sah Tinggalkan Persebaya, Konate & Da Silva Semakin Hampiri TFC?
Nasir Basharudin: Kehadiran Nik Akif, Asnan Janjikan Persaingan Sengit
Nasir Basharudin, Petrus Shitembi Calon Kapten Terengganu FC?