Major League Soccer Bakal Umum Kelab Francais Terbaru

Semua maklum bahawa Major League Soccer antara liga tertutup yang dikenali di dunia. Pertambahan bilangan kelab yang beraksi ialah bergantung kepada bidaan lesen yang diluluskan. Mereka menyasarkan 28 buah kelab akan beraksi dalam liga ini.

Pada musim hadapan (2018), Major League Soccer akan menempatkan kelab terbaru iaitu Los Angeles FC (LAFC). LAFC akan menjadi kelab ke-23 akan beraksi dalam saingan liga bola sepak Amerika Syarikat tersebut. Kelab ke-24 dikatakan menjadi milik David Beckham. Kelab tersebut bakal beraksi di Miami sekiranya menepati syarat yang ditetapkan badan pengurusan liga.

2 slot terbaru

Salah satu rekaan stadium di bandaraya Detroit yang bida lesen MLS. Sumber: MLS.

Pemilihan kelab baru banyak bergantung kepada pelbagai faktor. Faktor yang utama ialah mereka mempunyai stadium yang mampu menganjurkan perlawanan. Keutamaan diberikan kepada stadium khas untuk perlawanan bola sepak sahaja tanpa berkongsi dengan kelab dari liga sukan profesional lain.

Selain itu, kelab mesti mempunyai organisasi peminat dan penyokong. Pasaran setempat juga menjadi faktor pertimbangan oleh pengurusan MLS. Pengurusan MLS akan memberikan lesen sebagai mandat untuk beraksi dalam kejohanan liga itu.

Pada awal tahun ini, sebanyak 12 permohonan lesen MLS telah dihantar. Antara bandaraya yang menghantar permohonan tersebut (dalam kurungan, ialah negeri asal):

  1. Charlotte (Carolina Utara)
  2. Nashville (Tennessee)
  3. Indianapolis (Indiana)
  4. Detroit (Michigan)
  5. Pheonix (Arizona)
  6. St. Louis (Missouri)
  7. Raleigh / Durham (Carolina Utara)
  8. San Antonio (Texas)
  9. Sacramento (California)
  10. Cincinnati (Ohio)
  11. Tampa Bay / St. Petersburg (Florida)
  12. San Diego (California)

Panggilan akhir

Sacramento, salah satu bidaan yang melepasi saringan awal. Sumber: MLS

Pada 29 November yang lalu, MLS telah mengumumkan 4 bidaan telah melepasi saringan awal. Antara bidaan tersebut ialah Cincinnati, Nashville, Detroit dan Sacramento. Kejutan apabila St. Louis tidak dipilih meskipun dikatakan mereka banyak menepati syarat yang diperlukan.

Keempat-empat pasukan bidaan ini akan membentangkan bidaan mereka di hadapan jawatankuasa khas yang dilantik MLS. Ahli jawatankuasa khas ini terdiri daripada beberapa individu yang menduduki organisasi kelab MLS masing-masing.

Selepas bidaan ini dibentangkan, jawatankuasa ini akan bermesyuarat untuk menentukan dua pasukan yang akan layak menyertai MLS. Ada sumber mengatakan bahawa mereka akan menyertai MLS seawal pada tahun 2020. Jawatankuasa ini akan mengumumkan dua pasukan tersebut pada pertengahan bulan Disember ini juga.

Tidak kebal kritikan

Namun begitu, cadangan pembesaran MLS ini tidak melepasi dari kritikan. Terutamanya kepada yang menyokong idea promotion-and-relegation. Idea seperti ini dikatakan bakal menarik minat ramai peminat bola sepak di Amerika Syarikat sendiri.

Malah, kebanyakan liga sukan (seperti hoki ais, bola keranjang, besbol) tidak mewujudkan konsep seperti ini. Selain itu juga, perebutan gelaran Divisyen 2 antara North American Soccer League (NASL) dengan United Soccer League (USL) juga menjadi faktor promotion-and-relegation tidak diwujudkan.

MLS juga dipersalahkan apabila kemasyhuran mereka tidak dapat memberikan kesan kepada pasukan bola sepak negara yang mantap. Ya, mereka gagal ke Piala Dunia 2018. Dan mereka akan habiskan musim panas mereka di rumah sahaja, tanpa perlu ke Rusia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN