Divock Origi: “Saya Gemarkan Suasana Bola Sepak Yang Hebat Di Bundesliga”

Penyerang Belgium, Divock Origi mengakui kini beliau amat gemarkan kehidupannya sebagai pemain yang beraksi di Bundesliga.

Origi hadir ke kelab Wolfsburg sebagai pemain pinjaman dari kelab Premier League – Liverpool.

Beraksi di Jerman, beliau nyata gembira dengan kehidupannya di Bundesliga bersama pasukan pinjamannya itu.

Gemarkan suasana

Ketika ditemu ramah oleh laman rasmi Bundesliga, Origi mengakui beliau cukup gemarkan akan suasana liga itu sendiri.

Baginya, suasana dan juga landskap bola sepak di Jerman nyata berjaya memukau beliau.

“Saya gemarkan jiwa yang ada pada Bundesliga.”

“Para penyokong di sini memang fanatik. Stadium-stadium yang ada di sini juga unik dan juga hebat.”

Paling penting, Origi kagum bagaimana Bundesliga itu dilaksanakan oleh penganjur liga.

“Bundesliga diuruskan amat baik oleh para penganjur liga. Saya amat kagum dengan perkara itu.”

Sang perantau

Walaupun baru berusia 22 tahun, Origi bagaimana pun telah bermain di 3 liga utama Eropah dalam kariernya.

Pertama sekali di Ligue 1 bersama-sama LOSC Lille diikuti Liverpool di Premier League dan kini Wolfsburg di Jerman.

Tapi bagaimana beliau boleh menyesuaikan diri di 3 liga tersebut dengan baik?

“Saya sudah bermain di 3 liga utama Eropah dan saya mulakannya sejak berusia 15 tahun ketika berpindah ke Perancis.”

“Saya belajar bahasa dan budaya mereka. Di Jerman, saya dibantu oleh Jurgen Klopp di Liverpool yang memberi tunjuk ajar mengenai budaya di Jerman.”

Origi kini merupakan penjaring terbanyak Wolfsburg dengan 4 gol dari 11 perlawanan.

Wolfsburg kini di tangga ke-14 Bundesliga dengan 14 mata dari 13 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN