Salah seorang peguam dari Arab Saudi mendakwa yang beliau sudah menfailkan pertuduhan ke atas Cristiano Ronaldo bagi menangkap dan mengusir bintang terhebat sepanjang zaman Portugal itu.
Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr pada Disember lalu itu telah mencetuskan sensasi dan mengundang kemarahan peminat selepas beliau melakukan aksi tidak sopan ketika aksi bertemu Al-Hilal baru-baru ini.
Pemain yang menerima gaji £175 juta setahun itu terus menerus menjadi topik perbualan hangat para peminat dan terbaru beliau sepertinya sudah mengundang kemarahan ramai.
https://twitter.com/NoufPoet/status/1648448243884494850?s=20
Selepas mencatatkan kekalahan 2-0 bertemu Al Hilal baru-baru ini, Al-Nassr telah mengumumkan pemecatan pengurus pasukan mereka, Rudi Garcia.
Cristiano Ronaldo sementara itu telah dilayangkan kad kuning dalam perlawanan tersebut selepas beliau melakukan aksi MMA hingga menjatuhkan pemain lawan.
Aksi MMA beliau itu sepertinya tidak begitu mencuri perhatian peminat, namun sikap yang ditunjukkan oleh Ronaldo selepas tamat perlawanan itu sepertinya mengundang kemarahan ramai peminat.
Ketika Ronaldo sedang dalam perjalanan mahu menuju ke terowong untuk kembali ke bilik persalinan, para penyokong tidak henti-henti menyebut nama Messi dengan tujuan mahu menyakitkan hati bintang Portugal itu.
Sebagai tindak balas, Ronaldo telah menunjukkan isyarat tidak sopan terhadap para penyokong pasukan lawan dengan beliau dilihat memegang lato-latonya sebagai isyarat menganjing semula.
https://twitter.com/NoufPoet/status/1648831153330171912?s=20
Ya, Ronaldo memegang lato-lato beliau sebagai tanda mengejek semua para penyokong pasukan tuan rumah yang tak henti-henti menyebut nama Messi itu.
Tindakan Ronaldo bermain lato-lato itu sepertinya meletakkan beliau dalam posisi bermasalah dengan seorang peguam yang berkhidmat bersama United Nations tampil menfailkan pertuduhan ke atas pemain berusia 38 tahun itu.
Menulis di laman twitter miliknya, peguam tersebut menyatakan bahawa:
“Saya tidak mengikuti sukan. Tapi walaupun penyokong memprovok Ronaldo, dia tak sepatutnya beri tindak balas seperti itu, Sikap yang Cristiano tunjukkan itu sebenarnya satu jenayah.”
“Tindakan tidak sopan di tempat umum, yang mana ia satu jenayah yang membolehkan untuk Ronaldo ditangkap dan diusir kerana hal tersebut dilakukan oleh orang asing. Kami akan hantar petisyen kepada Mahkamah Tinggi Awam berkait hal tersebut.”
Cristiano Ronaldo's bringing WWE to Saudi Arabia 🤕 pic.twitter.com/LCfH1ttxEG
— GOAL (@goal) April 19, 2023
Selepas memuat naik status tersebut, peguam itu mendedahkan yang beliau sudah menghantar petisyen dan menfailkan pertuduhan terhadap bintang Portugal itu.
“Kami sudah memohon tindakan undang-undang ke atas Cristiano. Kami akan terus maklumkan kepada kamu tentang kes ini.”
Tulis peguam tersebut.
“Ia dianggap satu jenayah kerana melakukan tindakan tidak sopan di hadapan khalayak, dan ia merupakan satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman tangkapan serta pengusiran seandainya pelaku merupakan warga asing.”
Segelintir wartawan sukan di Arab Saudi pula mendesak agar persatuan bola sepak negara tersebut membatalkan kontrak Ronaldo bersama Al-Nassr.
Al-Nassr sendiri sementara itu menyatakan yang Ronaldo memegang lato-latonya kerana beliau mengalami kecederaan dan bukannya kerana mahu menganjing penyokong.
Cristiano Ronaldo makes obscene gesture to Al-Hilal fans after leaving the field defeated and under the cries of "Messi, Messi, Messi" 😮
📽️ @wtrx5 https://t.co/xnsyCsfPOQ
— VAR Tático (@vartatico) April 18, 2023
“Ronaldo menderita masalah kecederaan. Pertembungan dengan Gustavo Cuellar menyebabkan bahagian sulit Ronaldo sakit, benda ini sudah kami sahkan dari awal. Penyokong hanya berfikir apa yang mahu mereka fikirkan.”
Peminat juga turut mengungkit jenayah yang Ronaldo lakukan kerana bintang Portugal itu bersekedudukan dengan Georgina Rodriguez tanpa ada ikatan yang sah.
Arab Saudi tidak membenarkan pasangan yang belum berkahwin untuk bersekedudukan, namun Ronaldo dari awal beliau tiba, beliau sudah melanggar peraturan tersebut.