Mahu Ubati Kecewa, Kedah Sasar Kedudukan 4 Terbaik Musim Ini

Kedah

Selepas mengalami musim yang begitu mengecewakan pada tahun lalu, Kedah Darul Aman (Kedah) mahu membaikinya tahun ini dengan mendapatkan kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super.

Kini tampil berwajah serba baharu dari atas hingga bawah, Kedah menyasarkan untuk menduduki kedudukan empat teratas dalam saingan Liga Super tahun ini.

Ianya sedikit kontra dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mahu menamatkan saingan dalam kedudukan tiga terbaik dalam liga.

Menurut laporan Berita Harian, Kedah sebenarnya tidak mengharapkan akan ada kejayaan dari segi piala yang dimiliki musim ini kerana skuad masih lagi baharu kendalian Nafuzi Zain.

Berikutan Nafuzi pun masih lagi baharu bersama-sama pasukan dan ini adalah tindakan yang lebih realistik berbanding mengharapkan piala akan tiba di Alor Setar.

“Kami memiliki sasaran yang agak umum dan kami cuba bawa pasukan ke kelompok pasukan empat terbaik.

“Jika kami berjaya mendapatkan piala musim ini, ianya adalah satu bonus. Tetapi kami cuba untuk melayakkan diri ke saingan Asia untuk musim depan,” kata Pemilik Kedah, Tan Sri Daud Bakar.

Tambah Daud lagi, masih lagi banyak perkara yang perlu dibaiki sebelum Kedah benar-benar mampu bangkit sebagai pencabar saingan bola sepak tempatan.

Lantas, beliau berharap agar penyokong boleh bersabar terlebih dahulu kerana ini adalah musim pertama pemilikan beliau serta Nafuzi. Jadi, semestinya pelbagai perkara perlu dibaiki.

Sasaran empat terbaik itu sebenarnya dilihat mampu dikecapi oleh Kedah jika dinilai pada kualiti skuad serta kredibiliti Nafuzi sebagai pengendali.

Jika berjaya dicapai, ianya berjaya menewaskan rekod musim lalu apabila Kedah kecewa hampa menduduki tangga kelapan liga.

Kedah bakal memulakan saingan Liga Super tahun ini dengan menentang Perak di gelanggang lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN