Mahu Tinggalkan Man. United, Sebab Kenapa Pogba Dilucutkan Jawatan Kapten Kedua?

Manchester United

Mourinho kecewa dengan sikap Paul Pogba yang tidak profesional dan telah mengumumkan Paul Pogba tidak akan lagi dalam senarai kapten kedua.

“Satu-satunya kebenaran adalah, saya yang membuat keputusan bahawa Pogba tidak akan menjadi kapten kedua kami lagi.”

“Ianya (saya) orang yang sama yang memutuskan memberikan Pogba kapten kedua ini. Tiada krisis langsung, cuma itu adalah keputusan yang tak perlukan penjelasan dari saya.”

Sportsmail melaporkan, Paul Pogba dilucutkan jawatan kapten kedua kerana memberitahu Jose Mourinho yang beliau mahu keluar daripada Manchester United.

Pogba memberikan respon kepada perkara ini dengan menyatakan:

“Ada sesetengah orang mencipta polemik hanya dengan (ucapan) ‘selamat pagi’ untuk mencipta drama.”

Musim ini Pogba sudah 3 kali menjadi kapten Man. United. Dan Mourinho merasakan tiada gunanya untuk memberikan pemain lilitan kapten jika mereka mahu pergi ke kelab lain.

Pogba tidak diturunkan dalam aksi United menentang Derby County pada Piala Carabao.

Daily Mail juga melaporkan yang Pogba sudah memberitahu Ed Woodward akan hasratnya mahu keluar. Ini selepas pada jendela perpindahan lalu, ejen beliau, Mino Raiola gagal merealisasikan perpindahan ke Barcelona.

Ed Woodward juga komited mahu mengekalkan pemain termahal dalam sejarah kelab mereka itu.

Komen terbuka Pogba kepada taktikal Mourinho juga memarakkan lagi keadaan. Pogba mengkritik taktikal Mourinho yang tidak cukup ofensif terutama sekali di tempat sendiri.

Mourinho kecewa dengan sikap Pogba yang secara tak langsung telah memberikan masalah kepada staf kejurulatihan beliau.

Pogba memberitahu, United perlu sentiasa ‘attack, attack dan attack’. Namun Pogba menyatakan itu tugas pengurus untuk merancang taktikal bukannya beliau.

“Apabila kita di Old Trafford kita seharusnya serang dan ‘press’ seperti kita lakukan ke atas Tottenham, Liverpool, Chelsea dan Arsenal musim lalu.”

Selepas tamat perlawanan menentang Wolves minggu lalu, Mourinho mengkritik pemainnya yang longlai dan tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN