Selepas berjaya meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tahap yang membanggakan, timbul ura-ura Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail (TMJ) bakal mengambil alih kelab Sepanyol, Valencia.
Menerusi Story dalam akaun Instagram miliknya, TMJ seolah-oleh memberi beberapa petunjuk yang beliau mahukan cabaran baharu sambil menunjukkan beberapa imej yang memaparkan nilai ekonomi kelab La Liga berkenaan.
Pemilik Valencia, Peter Lim adalah merupakan ahli perniagaan dari Singapura yang mempunyai hubungan baik dengan TMJ.
Latihan Bersama Kelab JDT & Kelab Valencia CF | TMJ & Pegawai Teknikal Valencia CF pic.twitter.com/uT4YZfLk1x
— AHMAD S (@HASapardan) May 19, 2016
“Pertama, saya bukan ahli perniagaan, saya seorang putera raja. Kedua, bukan wang yang memotivasikan saya, kegemilangan dan mencipta sejarah yang memotivasikan saya. Ketiga, bukan lagi rahsia saya amat cintakan dan meminati bola sepak,” ujarnya.
“Keempat, saya bukan baharu dalam bola sepak. Saya telah membawa JDT daripada setiap tahun bergelut dengan penyingkiran kepada pasukan yang mendominasi kejauraan. Saya dah menang 16 kejuaraan dalam lapan tahun. Kami kini terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia.
“Kelima, saya mahu kembangkan lagi empayar, melabarkan sayap dan menempuh cabaran baharu.
TMJ turut kongsikan data Consultancy Europa yang menunjukkan nilai perusahaan Valencia yang dianggarkan sekitar €408 juta.
“Dan yang terakhir, saya bukan seseorang yang akan mengubah logo atau tradisi kelab kamu. Seperti yang saya katakan awal tadi, saya seorang putera raja, bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk meraih kegemilangan, kejayaan dan mencipta sejarah.
“Apa yang Valencia perlukan? Kamu perlukan seseorang yang arif tentang bola sepak, dahagakan kejayaan dan faham betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.
“Langkah pertama, kita perlukan orang [yang faham] bola sepak di dalam kelab. Itu sahaja.”
Kali pertama timbul spekualasi TMJ berminat untuk menjadikan Valencia sebahagian daripada empayar bola sepaknya adalah pada 2019 di mana beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Peter Lim di sebuah restoran terkemuka di Turin.
Jorge Mendes, Mourinho, Peter Kenyon, Peter Lim(Owner of Valencia) & TMJ(Crown Prince of state of Johor, Malaysia). pic.twitter.com/mKMox9pUY9
— Wicky (@Wicknes007) February 24, 2016
Sekiranya pengambil alihan Valencia itu menjadi kenyataan, beliau akan mengikut jejak beberapa ahli perniagaan di negara ini yang memegang pemilikan kelab di Eropah seperti Tan Sri Vincent Tan (Cardiff City, KV Kortrijk), Tan Sri Tony Fernandes (Queen Park Rangers) dan Datuk Dr. Nordin Ahmad (FC Bari).
Kredit Foto: Football 24
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai TMJ:
TMJ: Kerja Naik Taraf Padang Stadium Sultan Ibrahim Berjalan Lancar