Mahrez Akhirnya Mengakui Dia Memberontak Dan Menyesalinya

Selepas jendela perpindahan ditutup pemain dari Algeria ini telah ponteng latihan dan tidak mahu bermain. Ramai membuat spekulasi bahawa beliau memberontak dan protes selepas perpindahan ke Man. City gagal.

Mahrez menjadi pemain yang sentiasa dalam radar pasukan besar di Eropah setiap kali jendela perpindahan.

Namun begitu ada juga menyatakan itu hanya spekulasi dan mereka yakin Mahrez seorang yang profesional dan beliau mungkin benar-benar dalam masalah kecergasan.

Terbaru, pemain ini membuka mulut menyatakan dia memberontak selepas Leicester City menolak bidaan £60 juta daripada Leicester City.

Beliau memberitahu, dia sepatutnya lebih bijak dalam mengendalikan keadaan itu.

“Saua berada ‘jauh’dari sini kerana saya perlukan masa untuk berfikir. Situasi sangat rumit. Penghijrahan ke Manchester City adalah baik untuk mana-mana pemain tetapi kini perkara itu sudah berlalu. Itu dah kisah lampau.”

“Jika kita terus bercakap pasal perkara ini seperti kita kembali semula ke jendela perpindahan itu. Saya sudah bergerak ke hadapan dan akan memberikan yang terbaik untuk pasukan.”

Beliau menyesali tindakan beliau dan akhirnya Mahrez kini kembali fokus kepada pasukan. Beliau menjaringkan gol cantik pada minggu lalu. Menandakan beliau sudah kembali semula.

“Ia memang sukar, saya sentiasa berhubung dengan kelab ini. Saya akui kelab ini mengendalikan keadaan dengan sangat baik.”

“Apabila kelab dan rakan sepasukan sentiasa di belakang anda, sangat mudah untuk kembali semula.”

Beliau kembali semula ke pangkuan pasukan dalam kekalahan 5-1 di tangan City dan sudah bermain dalam 3 perlawanan terakhir termasuk sepakan percuma cantik untuk gol penyamaan lewat menentang Bournemouth.

“Pemain datang dan pergi, itu benda biasa dalam bola sepak. Namun buat masa ini, saya adalah pemain Leicester City.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN