Mahmoud Za’tara Ketuai Serangan Sri Pahang Musim Ini

Pahang mengumumkan import mereka seterusnya semalam dengan penyerang import dari Jordan, Mahmoud Za’tara sah bakal menyarung jersi pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengesahan tersebut dibuat menerusi akaun rasmi Facebook Pahang semalam kepada orang ramai setelah sebelum itu mereka juga telah memperkenalkan barisan pemain lain yang mengikat kontrak bersama pasukan bagi musim ini.

Za’tara dilihat bakal mengemudi serangan Pahang musim ini telah menggantikan bekas import tinggi lampai musim lalu, Kenny Athiu yang berasal dari Australia.

Berdasarkan rekod pemain ini, Za’tara telah membantu pasukan lama beliau iaitu Al-Wehdat untuk muncul selaku naib juara Liga Jordan selain menjulang kejuaraan Piala Super Jordan bagi musim 2021.

Pemain tersebut juga sangat terkenal aksinya sebelum ini kerana dilihat sangat licik untuk mengelirukan lawan serta sentuhan klinikalnya di depan gawang yang membuatkan Pahang sangat berminat untuk menandatangani kontrak beliau.

Sebelum ini, Za’tara pernah menyarung jersi beberapa kelab di negara Timur Tengah seperti  Oman, Qatar, Kuwait, dan Bahrain selain berpengalaman beraksi di pentas saingan Piala AFC dan kelayakan Liga Juara Asia dengan kelab yang berbeza diwakilinya.

Untuk pertama kali bakal beraksi di Asia Tenggara, Pahang merupakan pasukan pertama yang diwakili dan beliau dilihat sudah bersedia untuk mempertaruhkan segala pengalaman yang ada bagi membantu pasukan tersebut mencapai sebarang kejuaraan domestik.

Dengan kemasukan Za’tara, kini Pahang sudah mengikat dua pemain import serta masih mempunyai tiga lagi slot untuk diisi bagi memperkuatkan pasukan musim ini.

Sebelum itu, Pahang juga telah mengikat Johan Martial yang juga merupakan bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis bagi memperkukuhkan bahagian pertahanan mereka bagi menggantikan slot yang ditinggalkan Herold Goulon yang berhijrah ke pasukan Negeri Sembilan.

Beliau dilihat bakal bergandingan bersama pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad yang kekal bersama Pahang pada musim ini setelah menandatangani kontrak baharu.

Aksi baik yang dipamerkan daripada bekas pemain Nongbua Pitchaya itu sepanjang bersama Pahang telah mendapat kepercayaan skuad tersebut untuk terus memberi peluang buat Nick membentuk gandingan mantap bersama Martial musim ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN