Ada hikmahnya keputusan Mahali Jasuli berhijrah dari JDT. Selepas banyak memanaskan bangku simpanan juara 4 kali Liga Super itu, pemain berusia 28 tahun ini kini mula mempamerkan kebangkitan dalam kariernya selepas berhijrah ke PKNS FC.
Diketepikan pada perlawanan pembukaan PKNS menentang Terengganu kerana tidak cukup cergas, perlahan-lahan Mahali Jasuli membuktikan nilai dirinya kepada Datuk K. Rajagobal dengan memberi impak segera walaupun bermula dari bangku simpanan.
Ketika menentang Pahang, Mahali masuk pada mini ke-86 menggantikan Romel Morales dan bertanggungjawab menyumbang 1 bantuan gol (assist) menerusi sepakan sudut yang menemui sentuhan penyudah Safee Sali.
Ketika menentang Perak, kemahiran set-piece beliau sekali lagi menyumbang 1 bantuan gol untuk Rafael Ramazotti.
Apabila beliau akhirnya diberi peluang bermain kesebelasan utama, Mahali membalas kepercayaan Rajagobal dengan menjaringkan 2 gol ketika kekalahan 3-4 kepada Kedah.
Kecemerlangan aksi beliau sepanjang 4 perlawanan unifi Liga Super 2018 pada bulan Februari melayakkan beliau menjadi satu-satunya pemain tempatan yang tersenarai sebagai calon Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-asiana.my Februari 2018.
Turut tersenarai sebagai calon dalam anugerah bulanan ini adalah 4 pemain import dari Kelantan, Terengganu, Selangor dan JDT.
Tchétché Kipré (Terengganu)
Separuh kedua musim 2017 sudah membuktikan kualiti Kipre Tchetche dengan beliau pernah terpilih sebagai pemain terbaik Liga Premier bulan September 2017.
Kini beraksi dalam Liga Super, penyerang Terengganu ini tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan prestasi sama dengan menjaringkan 4 gol dan menyumbang 2 bantuan gol dalam hanya 4 perlawanan.
Natxo Insa (JDT)
Harus diakui bahawa Natxo Insa adalah nadi kekuatan permainan skuad Harimau Selatan yang kini menerajui takhta Liga Super. Selain 2 gol yang dihasilkannya, pemain tengah ini juga adalah perancang kepada gerakan gol JDT malah berupaya untuk mengawal tempo permainan.
Do Dong-hyun (Kelantan)
Menjaringkan 4 gol dalam 4 perlawanan Liga Super sepanjang Februari, Do Dong-hyun adalah satu-satunya sumber inspirasi pasukan dan penyokong Kelantan.
Persembahan pemain terbaik perlawanannnya ketika menentang Perak hingga mampu menjaringkan hatrik, adalah amaran buat lawan Kelantan selepas ini.
Rufino Segovia (Selangor)
5 gol dalam 4 perlawanan awal membuktikan Segovia sememangnya berhak untuk terus kekal bersama Selangor musim ini. Pemain ini menjaringkan 2 gol dalam memastikan kemenangan ke atas Kuala Lumpur 2-0 dan Melaka United 4-1.
Undi pemain terbaik anda sekarang!
Sebagai penyokong dan peminat bola sepak, ayuh muktamadkan Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-asiana.my untuk Februari 2018 pilhan anda di:
http://pfam.my/superfeb18/
http://pfam.my/superfeb18/
http://pfam.my/superfeb18/