JDT Bakal Berdepan Cabaran Cuaca Di Vietnam

Cuaca dingin yang mencecah bawah 19 darjah selsius bakal memberi cabaran hebat kepada juara liga super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menentang kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An FC pada aksi Kumpulan H saingan Piala AFC di Stadium Vinh di Wilayah Nghe An, Vietnam, petang ini.

Pemain tengah JDT yang berasal dari Singapura, Hariss Harun berharap keadaan cuaca itu tidak menjejas tumpuan dan rentak permainan pasukan itu.

“Aksi pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Song Lam Nghe An FC pastinya menjanjikan perlawanan yang menarik kerana masing-masing inginkan kemenangan.

“Bagaimanapun kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat JDT memandangkan kami tidak tahu keadaan cuaca di sana dan perlu segera menyesuaikan diri secepat mungkin sebelum turun beraksi nanti.

“Apa jua keadaan cuaca yang bakal ditempuhi, kami bersedia untuk menyahut cabaran dan sentiasa fokus dalam perlawanan itu sambil mengelak daripada melakukan kesilapan yang mungkin membolehkan lawan ambil kesempatan,” katanya seperti dipetik dalam laman facebook JOHOR Southern Tigers.

Harris turut mengakui dia dan rakan sepasukan sememangnya tidak sabar turun beraksi untuk memastikan JDT bawa pulang 3 mata penuh dari Vietnam.

“Moral saya dan rakan sepasukan begitu tinggi selepas kami menang 3-0 menewaskan Melaka United (MU) pada aksi Liga Super, Sabtu lalu dan ia memberi lebih keyakinan apabila turun beraksi menentang kelab dari Vietnam itu kerana misi utama mencari kemenangan walaupun sedar ia tugas berat.

“Kami juga telah menganalisa corak permainan Song Lam Nghe An FC dan apa yang mereka pamerkan jelas tertumpu kepada corak permainan pantas malah ada saja helah yang mampu menjejaskan konsentrasi dan kami perlu berwaspada,” ujarnya.

Ketiadaan Ulisses Morais yang mengumumkan perletakan jawatan ternyata tidak menjejaskan tumpuannya kerana mereka perlu bersikap professional.

“Mengenai peletakan jawatan Ulisses Morais, kami sememangnya agak terkejut apabila mendapat berita tersebut tetapi ia adalah lumrah dalam sukan bola sepak yang diwarnai perpindahan pemain mahupun peletakan jawatan jurulatih dan kami sebagai pemain harus bersikap profesional dan meneruskan perjuangan pasukan,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN