Maguire: “Status Sebagai Kapten Man United Buatkan Ramai Orang Bercakap Pasal Saya”

Harry Maguire
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire mengakui yang status yang dipegangnya itu membuatkan orang ramai suka untuk bercakap mengenainya.

Sejak menyertai United dari Leicester City, Maguire tidak lekang daripada menjadi sebutan penyokong kelab itu khasnya dan bola sepak amnya mengenai pelbagai perkara terutamanya prestasinya ketika bermain.

Malah sehingga ke hari ini, beliau masih lagi menerima pelbagai kecaman. Akan tetapi, beliau berasakan ia kerana statusnya sebagai ketua pasukan United.

“Saya adalah ketua pasukan Manchester United, ianya pasti akan menjadi berita yang hangat. Saya tak peduli tentang apa yang orang cakap mengenai saya.”

Maguire berkata yang beliau sentiasa menjadi sasaran kerana itu yang boleh membuatkan pelbagai portal berita menjadi laku apabila lebih ramai orang membaca berita mengenainya.

“Jadi sebab itulah mereka melakukannya, mereka melakukannya demi klik dan perkara sewaktu dengannya.

“Saya main [untuk England] ketika Euro 2020 selepas mengalami kecederaan selama lapan minggu dan tidak bermain satu perlawanan pun [sebelum kejohanan] dan masih mampu menjadi skuad terbaik pertandingan,” kata Maguire.

Maguire kini tidak lagi menjadi pilihan di United selepas Erik ten Hag lebih mengutamakan Lisandro Martinez dan juga Raphael Varane.

Wujud kegusaran yang pemain itu akan menjadi ‘berkarat’ dan tidak mampu untuk memberikan yang terbaik seperti yang dilakukannya ketika era Ole Gunnar Solskjaer.

“Jelas sekali, pengurus memilih untuk meninggalkan saya dan pasukan mula memenangi perlawanan sejak itu.

“Saya bekerja keras di padang latihan untuk memastikan diri saya bersedia apabila peluang tiba. Itu adalah perkara yang boleh saya lakukan untuk membantu pasukan.

“Dari segi kekaratan dan perkara sebegitu, saya pasti ianya tidak akan berlaku,” ujar Maguire lagi.

Maguire beraksi bersama-sama England ketika mereka tewas 1-0 ditangan Itali pada aksi UEFA Nations League.

Dengan kekalahan itu, England jatuh ke League B selepas menduduki tangga terakhir League A.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN